Monday, April 4, 2011

Seminit Hutan Sarawak

KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semakin bertambah dengan aktivis Internet menyiarkan protes mereka secara dalam talian menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Kumpulan laman Facebook, '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' telah melancarkan kempen dalam talian terhadap Ketua Menteri Sarawak itu sambil menuduh beliau bertanggungjawab ke atas 'penjarahan' tanah Sarawak yang 'tidak ternilai (harganya)'.

Dengan jumlah anggota dan penyokong seramai 293,756 orang setakat ini, kumpulan itu dijangka mengambil kesempatan daripada popularitinya semasa memprotes terhadap pembinaan sebuah menara mega 100 tingkat di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Para pentadbir kumpulan itu semalam mengumumkan bahawa satu protes telah diadakan dalam talian mulai tengah hari semalam, sambil menggelarkannya 'Seminit Hutan Sarawak' - tempoh seminit bagi para pembantah melahirkan protes mereka bagi mempertahankan hutan di Sarawak.

'Kumpulan Facebook, 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, melancarkan protes senyap satu minit terhadap kehilangan hutan di Sarawak.

'Kumpulan Facebook terkenal ini dengan 293,735 anggotanya menggesa rakyat Malaysia menyertai protes mereka terhadap kehilangan 85 peratus hutan hujan asal di bawah kegiatan pembalakan besar-besaran Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud,' kata satu kenyataan kumpulan itu yang dikirimkan kepada pihak media kelmarin.

No comments:

Post a Comment