Monday, April 4, 2011

AS guna XM25 di Afghanistan

WASHINGTON: Pentagon telah menggunakan contoh sulung pelancar roket canggih XM25 buat pertama kali di medan perang di Afghanistan.

Senjata sandang bahu itu, yang saiznya sebesar senapang biasa, menggunakan peluru mengandungi mikrocip yang boleh membedil sasaran dan membunuh musuh walaupun mereka bersembunyi di belakang tembok atau halangan lain.

Selepas pembangunannya selama beberapa tahun, senjata canggih XM25 itu kini dibekalkan kepada askar Amerika di medan perang di Afghanistan.

'Selama lebih seminggu, ia digunakan secara aktif dalam rondaan dan di pos luar di kawasan yang banyak musuh,' kata pengurus program bagi XM25, Leftenan-Kolonel Chris Lehner.



Senjata baru itu boleh melepaskan tembakan peluru 25mm sehingga sejauh 700 meter - jauh melebihi jangkauan raifal biasa.

Peluru itu diprogram untuk meletup pada jarak yang jitu, membolehkan askar Amerika menumpaskan pengganas yang bersembunyi di belakang tembok, batuan, dalam parit atau bangunan. -- AFP.

No comments:

Post a Comment