Monday, February 7, 2011

SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA WITH MALAY TRANSLATION

Who Killed Hasan Al Banna Part-2

Hassan Albanna_حسن البنا

Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ‘terpaksa’ mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam. Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama ‘berjuang’ untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.

“Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira.

“Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan,” katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM.

Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan ira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut.

“Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM,” katanya.

Sementara itu bekas penyampai beriuta RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi.

Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali.

Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio.

Ramai pembaca artikel berkenaan merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.

Bagi hash117 yang menghantar pandangan terhadap artikel tersebut di Tranungkite amat terkejut dengan sikap RTM selama ini.

“Saya amat terkejut bila membaca satu artikel di akhbar di Malaysia hari ini. Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni..

“Sekian lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan RTM selama 62 tahun tetapi… Saya berkata begitu atas kenyataan dua orang pembaca berita Wanita yang RTM tidak membenarkan mereka memakai tudung.

“Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri RTM, ‘colour’ tudung mesti …..Hancur hancur …”

RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya.


Medan At-Tahrir, Kaherah menjadi Medan Asy-Syuhadak


Maidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu tanda) medan tersebut dipanggil “Mujammak”. Protes aman tidak sepatutnya dibalas dengan peluru hidup. Namun sekiranya cara aman tidak dimengerti, Allah mengajar umat Islam hidup dengan kekuatan untuk memenangkan

Kebenaran dengan ganjaran yang besar.Kini medan perkarangan terpenting di Kaherah, Maidan At-Tahrir dipanggil Maidan Asy-Syuhadak. Masjid kecil di medan tersebut, Masjid Ibadur Rahman, setakat jam 3.00 pagi tadi ditempatkan 13 orang yang syahid dan 83 orang yang cedera ditembak polis Mubarak. Ia masjid yang banyak nostalgia peribadi. Maidan At-Tahrir salah satu tempat saya mencari nafkah, bekerja sendiri mencari tiket kapalterbang untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir secara kecil-kecilan, tempat buat Visa Haji guna berniaga di Tanah Suci disetiap Musim Haji, semasa 8 tahun belajar di Mesir menyara
keluarga 9 anak beranak ketika itu. Masjid tersebut

tempat saya sering bersolat di situ, kali terakhir bulan Ramadan yang lalu. Dr Yusuf Al-Qardhawy, berasal Mesir kini menetap di Qatar, seperti rakyat di Mesir, meminta Mubarak meninggalkan Mesir dan menyerahkan negara ditentukan masadepannya oleh rakyat secara bebas.


<Kenyataan media Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohd Badi’ mengenai Intifadhah Mesir 2011>Maidan At-Tahrir juga tempat yang paling strategik. Di sana terletak Kementerian Dalam Negeri, pusat mengawal keselamatan dalam negeri, dan dalam istilah amali banyak negara-negara umat Islam hari ini, ia pusat menjaga kekuasaan pemerintah dalam berhadapan dengan pembangkang, suatu budaya yang langsung tidak ada di negara-negara maju seperti Amerika, Australia dan kebanyakan Negara-negara Barat. Sepanjang saya tinggal di Barat selama 5 tahun, pembangkang atau “Opposition” adalah dihormati oleh pemerintah, dikira didalam dan menyempurnakan sistem pemerintahan negara, ketuanya punya pejabat sendiri di Parlimen dan dapat ruang secukupnya di televisyen dan akhbar resmi negara. Ini tidak berlaku dibanyak Negara Ketiga, atau lebih tepat lagi dinegara bermentaliti kelas ketiga seperti banyak negara-negara umat Islam, malangnya (sorry to say). Ketika saya menjawat Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Mesir tajaan Kedutaan Malaysia di Kaherah, saya pernah masuk ke Kementerian Dalam Negeri tersebut secara resmi. Di perkarangannya saya lihat ramai lelaki yang ditutup mata, menunggu giliran soal siasat. Mungkin mereka dari kumpulan Islam yang berbagai.

Maidan At-Tahrir. Berdekatan dengan medan ini juga terletak Stesen TV Mesir, salah satu tempat dan institusi terpenting dalam negara dan kestabilan pemerintah.“Maidan” atau medan bererti tempat lapang dan “At-Tahrir” bererti Kemerdekaan. Kini mereka yang berdemo di sana memanggilnya Maidan Asy-Syuhadak bagi memperingati teman-teman mereka yang gugur syahid dalam Intifadhah (Kebangkitan) pada hari-hari 25, 28 dan 29 Januari 2011 lalu, yang belum pernah disaksikan oleh Mesir sejak dahulu. Jika kebangkitan ini berjaya menumbangkan regim diktator Mesir, hampir pasti nama Maidan Asy-Syuhadak akan kekal. “Katakanlah kepada mereka, ‘Kamu tidak menanti kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (iaitu syahid atau menang) … ” (Surah At-Taubah). Hari ini bagi rakyat Mesir, kedua-dua kesudahan bagi mereka adalah baik, samada syahid mendapat syurga atau menang hidup mulia di dunia (dan Akhirat).


Maidan At-Tahrir. Kelihatan Museum Kaherah (bangunan merah), didalamnya ada banyak mumi firaun termasuk Firaun Ramses II, zaman Nabi Musa as.

Sekiranya mereka takut syahid, lalu meninggalkan Intifadhah ini, mereka akan terus hidup dan balik ke rumah-rumah mereka seperti kita disaat ini. Sebahagian akan berkata cukuplah dapat hidup, akan tetapi belum tentu mereka hidup mulia. Ini adalah kerana :1.Regim yang memerintah mereka lebih mengutamakan agenda Barat lebih dari kepentingan mereka dalam mengurus negara dan rakyat. Syariah Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya yang menjamin kesejahteraan hidup mereka di dunia dan Akhirat. TV dan majallah mereka hampir semua berunsur Barat yang merosakkan moral, akhlak dan akibah disamping menghalang generasi mereka dari memahami risalah umat Islam dalam memimpin dan membimbing dunia dengan cahaya petunjuk Ilahi seperti peranan gemilang Mesir dikurun-kurun lampau. Apabila Gaza, Palestin dikepung dari mendapat makanan dan ubat-ubatan sejak 2006, diserang oleh Israel pada 2008 dan terus menerus ditindas hingga kini, Mesir tidak membantu sebaliknya tunduk menurut apa yang dikehendakki oleh Israel melalui arahan Amerika. Diantaranya ialah menutup lebih ketat sempadannya dengan Gaza, membina tembok bawah tanah dengan keluli tahan lasak bagi menutup terowong-terowong dan kini membina tembok atas tanah. Begitu sekali ketundukan kita, umat Kebenaran, dihadapan umat Barat !!

  1. Negara Mesir yang begitu kaya dengan hasil bumi dan kedudukan strategik tidak dikecapi kekayaannya oleh kebanyakan rakyatnya melalui pengurusan kerajaan. Mereka yang hidup sederhana dan baik disegi ekonomi adalah mereak yang bekerja sendiri. Ketika saya di sana 1989-1997, ketika doktor graduan di Malaysia mendapat gaji mula kira-kira RM2500-3000 sebulan, seorang doktor di Mesir mendapat gaji mula sebanyak RM100 sebulan sahaja, dan RM120 jika baru lulus dan menjadi doktor pakar !! Sedang harga beras ,
  2. gula, daging dsb kecuali sayuran dan buahan adalah hampir sama dengan Malaysia ketika itu. (Hari ini, setelah berlaku kenaikan petrol 2 tahun lalu, kebanyakan harga adalah lebih mahal dari Malaysia). Mesir tersangat kaya melalui kutipan yuran laluan kapal-kapal laut melalui Terusan Suez, terusan paling penting didunia, namun semua kekayaan tersebut tidak bermakna bagi kebanyakan penduduknya. Oleh itu kebanyakan professional mereka samada bekerja swasta atau mempunyai kerja sampingan seperti membawa teksi, menjual ikan dan sebagainya. Pernah seorang akauntan berbangsa Australia baru memeluk Islam belajar bahasa Arab sebentar di Mesir. Dia tidak percaya apabila saya memberitahunya tentang gaji-gaji ini sehinggalah suatu hari apabila emaknya datang menziarahinya dan selepas itu mahu ke Cairo Airport untuk pulang ke negaranya. Diluar rumah saya menahan sebuah teksi. Didalam teksi ke airport, dia kata dia risau emaknya yang tua tidak tahu kemana nak dituju ketika emaknya berseorangan di dalam airport nanti. Saya berbual dengan pemandu teksi, dan pemandu teksi kata nanti dia tolong. Saya katakan pada sahabat Australia ini seperti yang dikatakan oleh pemandu teksi, namun beliau masih risau kerana kita boleh tolong emaknya di luar airport, sedang dia risau bagaimana keadaan emaknya ketika di dalam airport. Pemandu teksi kelihatan tenang sambil berkata jangan risau. Setiba di airport, pemandu teksi tolong membawa beg-beg masuk ke dalam airport setelah dia mengambil dan memakai lencana khas di bajunya. Rupa-rupanya beliau, seorang pemandu teksi, adalah juga seorang akauntan kanan Cairo International Airport !! Baru sahabat saya ini dapat mempercayai masib umat Islam yang cuba saya sampaikan kepadanya. Apa yang berlaku di negara-negara Arab banyak tidak tergambar oleh mereka yang tidak pernah hidup di sana. Bagi saya, memahaminya sangat membantu memahami perjuangan Islam itu sendiri dan hakikat pertarungan antara Haq dan Batil, bukan sahaja di Mesir, tetapi di seluruh dunia !

  3. Seseorang itu mulia apabila dia hidup bebas, boleh membuat keputusan bebas dan terbaik untuk diri, keluarga dan umatnya demi kebaikannya di dunia dan Akhirat. Ini termasuk kebebasan bersuara yang benar dan membina kepada sesiapa termasuk pemerintah, keadilan dalam sebarang pendakwaan keatas dirinya “innocent unless proven guilty” dan lain-lain hak diri insan yang kemuncak ialah kebebasan dalam mendengar kempen di televisyen, menilai parti atau badan yang terbaik dan seterusnya kebebasan mengundi dalam Pilihanraya. Kesemuanya tidak dikecapi di Mesir. Sebaik Iraq berjaya ditawan oleh Amerika tahun 2003, Presiden Bush memberi alasan kepada dunia bahawa Amerika cuma hendak “mendemokrasikan” Iraq sambil memberi, kononnya, amaran kepada Negara-negara Arab yang lain agar berfikir untuk berbuat demikian. Kesan langsung dari itu, kali pertama saya lihat kain rentang pilihanraya (majlis bandaran) di Madinah, Saudi Arabia, negara sistem beraja, yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan tidak pula berlaku selepas itu. Pilihanraya Mesir 2005 diadakan dalam 3 pusingan. Pusingan 01 sangat bebas menyebabkan Ikhwan Muslimin akhirnya mendapat 88 dari 444 kerusi Parlimen, iaitu kira-kira 20% !!. Pusingan 02 dan 03 menyaksikan penipuan yang tiada tolok bandingnya. Namun setelah 5 tahun berlalu, “seruan Demokrasi” oleh Amerika telah reda, Mesir kembali kepada sikap asalnya. Dalam Pilihanraya 2010 bulan November lalu, Ikhwan Muslimin tidak dimenangkan walaupun untuk mendapat 1 kerusi pun !! Di sini, rakyat merasa sangat tertipu dan dihina, lalu menyumbang kepada Intifadhah yang sedang kita saksikan.


Sehingga ke dekad atau kurun mana Yahudi, melalui Amerika dan Negara-negara Barat, akan dapat memperkudakan pemimpin Negara-negara Arab ? Masadepan umat Arab, seperti juga banyak umat Islam yang lain, adalah terletak pada umatnya, bukan pemerintahnya yang berkiblat Barat, terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.



Kantoi !! Begini akhbar utama Mesir, Al-Ahram, menyiarkan foto persidangan lima negara mengenai isu Palestin di kediaman Presiden Amerika, “White House” tahun lalu.

Pendek kata jurang diantara pemerintah dan rakyat terlalu jauh, begitu juga jurang kekayaan diantara sebilangan kecil penduduk yang menikmati kekayaan hebat Mesir dengan kebanyakan penduduknya yang malang adalah juga sangat jauh.


Umat yang hidup adalah umat yang berani dan berkorban menuntut hak walaupun mereka hidup sederhana, manakala umat yang mati adalah umat yang tidak bertindakbalas walaupun dihina dan dikalahkan, walaupun mereka mewah. Setelah umat Melayu kehilangan Temasik pada tahun 9.81965, pulau Timur Timor pada 20.5.2002 dan pulau Batu Putih, Johor 23.5.2008, mereka akan kehilangan Tanjong Pagar pada 1.7.2011 ini.

Dunia kini terbahagi dua, pihak yang berharap agar Intifadhah Mesir 2011 ini gagal, mereda, regim Mubarak terus berkuasa dan mencengkam rakyatnya dan segala kepentingan Barat dan Israel terus terpelihara, manakala satu pihak lagi berdoa agar Intifadhah berkat ini terus menerus berterusan hingga berjaya menundukkan regim Mubarak. Jika berjaya ia bukan sahaja satu sejarah Mesir yang baru, akan tetapi oleh kerana Mesir adalah abang sulung kepada semua negara-negara umat Islam, memiliki Terusan Suez, bersempadan dengan Israel, memiliki bilangan ulamak dan pendakwah yang teramai di dalam dunia Islam, kejayaan Intifadhah ini adalah satu sejarah dunia yang baru. Ia akan merubah kesemua formula dan percaturan politik, ekonomi dan budaya seluruh dunia !!


“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

Semoga Allah swt memenangkan hamba-hambaNya yang soleh, menerima mereka yang gugur dalam perjuangan sebagai para Syuhadak, menanam kesabaran kepada ahli keluarga mereka, meneguhkan pendirian pejuang-pejuang Kebenaran sepanjang zaman di seluruh pelusuk dunia. Ameen.

Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com



Terjemahan dari al-Jazeera:


Syeikh al-Qaradawi Seru Mubarak Lepas Jawatan

Dicatat oleh al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala pada 30.1.11

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Sheikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir. Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, “Pergilah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir”. Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan dan meninggalkan Mesir yang sudah kehilangan berbilion-bilion wang. “Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak”. Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, “Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup.”

Al-Qaradawi menambah, “Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki”, untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, “yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim”, di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya “bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. “

Sheikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada “dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka,” dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes pencurian dan penjarahan. Beliau menasihati mereka, “Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah haram.”Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.Sumber: al-Jazeera.

ikhlas :Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com

MESIR : Hari penentu tiba - menang atau syahid


Ucapan Mubarak untuk terus bertahan. Hingga bila ? Hingga pertumpahan darah ribuan nyawa, atau sehingga Rakyat menangkapnya didalam Istana dan mengadilinya ?

Hari ini masuk hari Khamis. Demo rakyat sudah berlalu seminggu. Kelmarin, Selasa Perhimpunan-1-juta mencapai target. Bagi orang Mesir, hari Jumaat adalah hari minggu dan hari berkumpul kerana ada solat Jumaat. Saya menjangka esok, Jumaat adalah hari penentu. Jika dibiarkan Jumaat akan datang bererti percaturan dan tawar menawar terlalu panjang dan lama. Setelah Mubarak gagal menyuraikan rakyat yang berhimpun di Medan Tahrir, beliau menawarkan tidak bertanding lagi September 2011 (7 bulan) depan. Tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh rakyat kerana tahu Mubarak akan menipu mereka ketika pilihanraya September nanti, bahkan kemungkinan besar sebelum itu. Disaat itu rakyat tidak boleh lagi berhimpun sekuat ini yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah Mesir. Rakyat menuntut Mubarak segera keluar dari Mesir dan biarkan rakyat menentukan masadepan negara. Selagi tiada kemaraan dan serangan rakyat, tentera Mesir tidak bertindak apa-apa, belum menunggu arahan menembak sesiapa.

Medan Tahrir. Sepanjang perkenalan saya dengan rakyat Mesir terhadap pemerintah mereka, tidak mungkin rakyat Mesir akan berundur kosong dari Medan Tahrir lalu menerima penindasan dan penghinaan keatas mereka dan anak cucu mereka beberada dekad lagi.


Semalam, tentera Mesir pula mengajak rakyat menhentikan demo dengan alasan “Hasrat rakyat telah kesampaian kepada pihak Pemerintah”. Keputusan Rakyat petang tadi menyebabkan saya termenung lama dan merenung jauh. Pimpinan rakyat disegenap lapisan telah mencapai kata sepakat bahawa rakyat adalah bersatu teguh dan menuntut Mubarak, regimnya dan parlimennya hendaklah keluar dari Mesir. Tiada berbincangan dengan orang yang telah tidak mempunyai apa-apa kuasa pada hakikatnya. Dari senerio ini dapat disimpulkan :


[A] Jika Rakyat bersurai dan pulang ke rumah sebelum Mubarak kalah :

Mereka tidak akan dapat berhimpun seramai itu lagi dimasa akan datang. Mubarak tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali. Rakyat akan ditindas dengan lebih keras dan kejam melalui seluruh jentera kerajaan terutamanya polis.

  1. Rakyat akan pulang dalam keadaan hina dina, kemiskinan dan ketiadaan kebebasan akan terus membelanggu mereka dan anak cucu mereka generasi demi generasi. Separuh dari penduduk berjumlah 80 juta berpendapatan kurang dari USD2 (RM6) sehari.

  2. Tokoh-tokoh mereka akan dibunuh atau ditangkap dan tidak mudah untuk mencari pengganti yang seperti yang ada pada ketika ini.



Rakyat sedang menunggu keputusan Mubarak dan tenteranya. Mubarak sedang menunggu Rakyat menguatkan perhimpunannya dengan menambah bilangan ke 8 juta orang. “Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid). Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab disisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya kami (juga) menunggu bersama-sama kamu” (Surah At-Taubah ; 52).

[B] Jika Rakyat tidak merubah pendirian sehinggalah Mubarak keluar dari Mesir :

  1. Mereka tidak boleh lagi berdiam diri hingga berminggu-minggu di Medan Tahrir dan di tempat-tempat perhimpunan yang lain. Mereka harus terus mara, menguasai seluruh jentera regim Mubarak yang penting terutama Stesen TV, Kementerian Dalam Negeri dan Istana Presiden.

  2. Jika jika tentera menghormati perasaan rakyat, berkhidmat untuk rakyat, mereka dengan mudah menguasai keadaan. Rakyat Mesir termasuk tenteranya adalah bangsa yang sayang menyayangi antara satu sama lain. Sekiranya tiada pengaruh asing atau keputusan dari pihak luar, saya percaya tentera akhirnya akan meletakkan senjata dan masuk ke barisan Rakyat. Rakyat akan menang dan Mubarak akan diadili oleh Rakyat.

  3. Jika tentera patuh kepada pegawai dan ketua turus mereka untuk menembak Rakyat yang mara untuk menawan Stesen TV, Kementerian Dalam Negeri dan Istana Presiden, sebanyak mungkin peluru akan dimuntahkan ke arah penunjuk perasaan berjumlah jutaan. Ratusan malah ribuan nyawa boleh terkorban namun arus jutaan manusia tiada siapa yang boleh menghalang. Rakyat akan menang dan Mubarak tetap akan diadili oleh Rakyat, tapi dengan lebih keras. Pengaruh asing akan cuba melobi ke arah pilihan ini terutama Israel dan Amerika demi menjaga maslahatnya. Dikatakan Amerika dan Barat ditahap ini sedang memujuk Mubarak untuk melepaskan jawatannya demi mengelakkan pertunpahan darah. Saya mencurigai khabar ini. Jika benar pun, ini lebih bermakna Mubarak memberi laluan kepada timbalannya yang baru dilantik, Umar Sulaiman untuk menjadi Presiden dan terus mengekalkan regimdiktator yang lama. Namun hasrat hakiki yang sebenar ialah tentera Mubarak memuntahkan sebanyak mungkin peluru ke dada rakyat Mesir.
Ringkasnya, sekiranya Perhimpunan-8-juta berjaya dilakukan di Medan Tahrir pada hari Jumaat esok dan seterusnya, lalu bergerak untuk memberikan pukulan terakhir kepada regim Mubarak, ada 3 pilihan akan berlaku:

[A] Pertama : Mubarak, Umar Sulaiman dan regimnya akan mengalah, berundur, keluar dari Mesir. Rakyat menang dan mendapat kebebasan membuat pilihanraya dan memilih kerajaan Rakyat. Pertumpahan darah dapat dielakkan. Ini menjadi harapan kita, yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Rakyat dan saranan Dr Yusof Al-Qardhawy yang berucap dari Qatar, tempat buangannya.

[B] Kedua : Mubarak bertahan, tentera bertindak tegas, membunuh seramai mungkin penunjuk perasaan dan menggagalkan hasrat Rakyat dengan menggunakan kekerasan. Rakyat gagal dan pulang ke rumah masing-masing untuk dikenakan tekanan yang lebih kejam dan dahsyat. Ini hasrat Israel dan harapan sebenar Amerika dan sekutu-sekutunya termasuk sesetengah pemimpin Arab.


Pada saya Rakyat tetap akan mara dan membanjiri dan menawan pusat-pusat penting di Kaherah. Persoalannya seramai mana nyawa yang terkorban bergantung kepada bila tentera akan berhenti memuntahkan peluru-peluru hidup di dada Rakyat yang mara, adakah dipermulaan kemaraan, dipertengahan atau diakhir. Foto: Menteri Pertahanan, Field Marshall Tantawi sedang bercakap dengan salah seorang tentera yang menjaga Stesen Televisyen berdekatan Medan Tahrir. Adakah beliau akan berpaling tadah seperti banyak revolusi-revikusi di dunia dan memihak kepada rakyat, atau terus mengarahkan tenteranya menembak Rakyat dan akhirnya nanti diadili oleh Mahkamah Rakyat ?


[C] Ketiga : Mubarak bertahan, tentera bertindak tegas, membunuh seramai mungkin penunjuk perasaan tetapi Rakyat mara, membanjiri dan mengalahkan regim Mubarak. Kesemua regim akan diadili dengan keras kerana membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa. Ini yang kemungkinan besar akan berlaku jika Mubarak silap dalam membuat kira-kira sendiri sebagai rakyat Mesir dan menerima bulat-bulat nasihat atau arahan dari Amerika dan Israel.


[D] Keempat : Mubarak bertahan, namun setelah nampak jumlah Rakyat yang begitu ramai dan hasrat Rakyat yang tidak boleh dibendung lagi, tentera pangkat bawahan dan pertengahan akhirnya akan bertukar dan masuk ke barisan Rakyat. Rakyat akan menang dan pertumpahan darah yang banyak dapat dielakkan. Ini akan berlaku sekiranya tiada tekanan dari luar terutamanya Amerika dan pemimpin-pemimpin Rakyat berjaya meyakinkan tentera agar bersama mereka membebaskan Mesir dari segala bentuk pengaruh asing dan kekejaman bonekanya.




Presiden Romania, Nicolae Ceausescu yang memerintah secara diktator selama 21 tahun (1977-1989 , lambat dan silap membuat keputusan untuk cabut keluar dari negaranya. Ditengah-tengah kemuncak kemarahan rakyatnya, dia membuat perhimpunan penyokong-penyokongnya yang kemudian bertukar menjadi lawan. Setiap butir peluru yang dimuntahkan oleh tenteranya ke dada-dada rakyat menjadi tanggungjawabnya hasil dari keputusannya untuk tidak meletak jawatan dan menentang rakyatnya. Kebangkitan Rakyat menang pada 22/12/1989, ketika saya baru sahaja menjejak kaki di Mesir di tahun satu Universiti Al-Azhar. Tiga hari kemudian Nicolae Ceausescu diadili oleh mahkamah Rakyat selama 2 jam dan dihukum tembak hingga mati atas dakwaan mengarah tentera menembak 60,000 rakyat yang berhimpun menuntut dia mengundurkan diri.


P

residen Zainal Abidin Ali, pemerintah diktator negara Tunisia selama 22 tahun tajaan Barat mengambil keputusan cabut lari ke luar negara apabila kemarahan rakyat dan kesatuan mereka semakin memuncak. Ini membuka jalan Rakyat menentukan masadepan mereka sendiri, menghidupkan demokrasi, keadilan, ketelusan dan kebebasan dalam bercakap, televisyen dan pilihanraya. Langkah beliau mengelakkan pertumpahan darah dalam negara sesama umat Islam.

Sesetengah bertanya atau berpendapat bahawa tiba masanya Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan Mesir. Bangkitnya Islam di Mesir bererti kesudahan riwayat Israel dan Kuasa-kuasa besar Dunia yang mendokongnya adalah hampir tiba. Ini harapan semua pihak yang cintakan Islam dan tanahair Islam. Ini harapan kebanyakan rakyat Mesir sendiri. Akan tetapi Ikhwan mempunyai perhitungannya tersendiri.


Ketua Ikhwan Muslimin Tunisia (Parti An-Nahdhah), Asy-Syeikh Abdul Rashid Ghannusyi, tiba di Tunis Airport dari negara buangannya di England. Ramai mendengar kemenangan Parti Inqaz di Algeria tahun 1991, tetapi tidak ramai yang mendengar bahawa pada tahun yang sama Parti Nahdhah menang pilihanraya di Tunis. Sebaik kemenangan, tentera Tunisia diarah mengepung rumah Abdul Rashid Gannusyi untuk membunuhnya, akan tetapi Rakyat datang dan mengepung pula tentera menyebabkan keadaan menjadi sengit. Dikala itu, tuan kepada negara, Perancis, mencadangkan agar Abdul Rashid dibebaskan dan keluar ke negara luar. Sejak itu beliau ke England dalam buangan. Saya pernah bertemu beliau di Muaz Islamic Centre, Birmingham pada tahun 1995 dalam program Perhimpunan Musim Sejuk pelajar-pelajar Malaysia. Ketika tiba di Tunisia kelmarin, beliau mengatakan Parti Nahdhah berhasrat sekadar bertanding dalam pilihanraya Parlimen, belum pilihanraya Presiden.


Pada hemat saya, diantaranya :

Menonjolkan Ikhwan difasa terlalu awal ini hanya akan mengundang serangan musuh, ekonomi atau tentera, dalam masa terlalu awal. Selepas perjanjian Camp David (17/9/1978), Mesir mengimpot kebanyakan makanan rujinya, gandum dan tepungnya dari Amerika. Saya dimaklumkan kapal-kapal pengangkut gandum Amerika hanya akan mencurahkan tepung ke Pelabuhan Iskandariah hanya apabila bekalan tepung dalam negara Mesir mencukupi untuk selama 2 minggu atau kurang. Ini bermakna Amerika memastikan rakyat Mesir makan tepung sedia ada dan tidak menyimpannya. Sekiranya Islam naik di Mesir, Amerika akan memotong bekalan tepung dan kestabilan Kerajaan Islam di Mesir akan langsung tergugat bermula dalam tempoh tidak lebih dari 2 minggu dan tidak akan tahu bila berakhirnya.

  1. Jika Rakyat berjaya mengalahkan Mubarak pada kali ini, pemimpin Rakyat yang baru akan mewarisi segala peninggalan buruk yang ditinggalkan oleh regim Mubarak dan regim-regim sebelumnya sejak puluhan tahun yang lalu. Yang paling menonjolnya ialah kemiskinan yang melata dan bilangan pencuri dan perasuah yang ramai kesan darinya, sarang-sarang individu dan pegawai-pegawai polis yang mempunyai latihan dan keterikatan dengan Israel dan Amerika dan keruntuhan akhlak dari budaya Barat yang diekspot oleh Barat melalui berbagai cara. Ini jika dilihat dari dalam.


  2. Dalam kajian ilmu sosiologi, sesebuah negara atau pertubuhan adalah seperti seorang insan. Ada masa sakit, baring terlantar dan fokus untuk berubat dan menyihatkan dirinya, dan ada pula masa sihat, aktif dan boleh berperanan kepada orang lain. Kesan dari pemerintahan regim-regim yang lalu, Mesir sebuah negara yang sakit seperti yang disebut dalam (2) diatas. Ia memerlukan masa untuk membaiki segala kerosakan yang diwarisi, dengan sesegera boleh, supaya ia boleh segera berperanan sebagai abang sulung kepada negara-negara umat Islam yang lain. Bukan dari Maslahah Syarak, sebaik Islam bangkit, Mesir terus mencari sengketa dengan negara lain sedang ia sendiri dalam keadaan sakit. Namun jika Israel atau Kuasa-kuasa Besar yang memulakannya dahulu, Allah menajar dan mewajibkan pemuda-pemuda Islam memelih kemuliaan dan berjihad mempertahankan sempadan negara. Allah swt mempunyai tadbirnya tersendiri. Dia yang mengatur Perang Badar dalam keadaan para Sahabat ra menyangka mereka tidak bersedia. “Dia hendak membenarkan yang Hak, dan Dia hendak membatilkan yang Batil (melalui Perang Badar)” (Al-Anfaal).

  3. Yang sangat asasi yang perlu difahami disini mengenai manhaj (carakerja) dakwah Ikhwan Muslimin ialah ia sentiasa memastikan ia adalah salah satu juzuk dari jasad umat, dan bukan terpisah darinya. Oleh sebab itu manhaj seperti ini menolak harapan dan desakan agar Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan sebaik regim Mubarak dijatuhkan. Ini adalah kerana yang menjatuhkan Mubarak secara langsung adalah seramai beberapa juta orang dan bukan 80 juta penduduknya. Ikhwan Muslimin mesti menjadi salah satu juzuk (bahagian) dari 80 juta penduduk Mesir dan bukan dari 8 juta peserta demonstrasi. Oleh itu Ikhwan Muslimin akan membuat keputusan sejauhmana keterlibatannya dalam Parlimen dan Kerajaan Mesir hanya setelah keadaan dalam negara stabil, sistem demokrasi yang sebenar dilahirkan di bumi nyata terlebih dahulu dan semestinya melalui Pilihanraya yang sebenar, bebas dan telus, disertai oleh segenap lapisan masyarakat Mesir yang berbagai. Hal ini juga memerlukan masa.

Masyarakat umum dan Barat sendiri mengetahui bahawa Mubarak tidak memiliki saingan di dalam Mesir kecuali Ikhwan Muslimin. Bahkan Ikhwan Muslimin sendiri adalah bukan saingannya di dalam masyarakat Mesir. Oleh kerana itu Mubarak didokong oleh hanya polis-polisnya dan Kuasa-kuasa Asing semata-mata. Adapun parti-parti lain yang turut erlibat atau lebih tepat lagi dilibatkan dalam mesyuarat pemimpin-pemimpin Rakyat seperti parti Nusairi, parti Wafd, parti Sya’ab, parti Al-Ghad dan seumpamanya, mereka tidak lebih seperti parti-parti “nyamuk” seperti parti Berjaya dan seumpamanya di Malaysia. Hakikatnya parti-parti tersebut adalah individu-individu semata-mata seperti halnya parti Watani pimpinan Mubarak.

Semoga Allah swt memenangkan umat Islam dalam berhadapan dengan Kuasa-kuasa besar Dunia dan boneka-bonekanya yang menindas dan menjadikan umat Islam ketinggalan jauh ke belakang dalam persaingan dunia moden. Juga semoga Allah swt memelihara rakyat Mesir dari berlakunya pertumpahan darah yang banyak, menerima mereka yang telah dan bakal terkorban sebagai para Syuhadak, membaiki dan menstabilkan Mesir sesegera boleh selepas huru hara. Semoga Allah swt terus menyelamatkan Mesir selepas daripada itu dari serangan-serangan luar, ekonomi maupun ketenteraan, yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap bani insan. Moga negara-negara umat Islam segera menyalurkan persaudaraan dan bantuan yang diperlukan oleh rakyat Mesir dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.



“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (pemimpin di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

Sejarah Ringkas Ikhwanul Muslimin



SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

ADik beradik HAB adalah
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah