Sunday, February 13, 2011

Terima Kasih Barisan Nasional???


Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik..

Begitulah mudahnya UMNO/BN cuba memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka.


Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO.


Perlukah berterima kasih?? Jika harga Getah,Kelapa Sawit dan juga Kelapa yang meningkat naik itu diikuti pula dengan harga keperluan asas seperti Gula, Minyak Petrol, Gas memasak dan berbagai lagi keperluan asas kini meningkat naik?

Banner ni aku jumpa di satu simpang di Kuala Terong petang tadi ketika dalam perjalanan dari Pulau Pangkor menghala ke Permatang Pauh..

Solat dua imam, bongkar fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz

Laporan berita di mStar hari jumaat lalu menyiarkan kenyataan murka Sultan Johor terhadap insiden solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di DUN Tenang. Di bawah ini screenshot yang dipetik dari potal tersebut [mStar].










Berikutan dengan tersiarnya berita kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, gerombolan blogger, facebooker dan penyokong UMNO Barisan Nasional mengambil peluang untuk menaburkan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz di blog-blog dan di facebook. Mereka memaparkan sebuah gambar kononnya Tuan Guru Nik Aziz terlibat di dalam hal ini. Rujuk link-link ini [Facebook], [Facebook]



Gerombolan blogger, facebooker dan penyokong kumpulan songkok tinggi menaburkan fitnah kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat sebelum sebuah lagi jemaah di hadapan beliau selesai mengerjakan solat, tujuan fitnah ini untuk menggambarkan kononnya Tuan Guru membawakan ajaran sesat bersolat dua imam.


Namun begitu seperti biasa, fitnah mereka terbongkar lagi. Ternyata tiada pun jemaah lain yang bersolat ketika itu. Gambar seseorang yang dikatakan imam di depan jemaah Tuan Guru, sebenarnya melakukan solat sendirian, dan bukanlah meimamkan solat lebih awal seperti yang didakwa oleh gerombolan songkok tinggi.


Di bawah ini sekeping gambar semasa jemaah Tuan Guru sedang memulakan solat berjamaah sebelum itu. Ternyata tiada jemaah lain yang sudah mula bersolat


ReJaM© "Bila bercakap tiada fakta, bila menyampaikan berita mereka memfitnah, inilah gerombolan songkok tinggi yang mengaku mereka sebagai pejuang Islam sebenar..."

Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah

Malaysia Tidak Akan Berevolusi Sampai Bila-Bila

Beberapa hari sebelum Umat Islam menyambut Maulidur Rasul, para Pejuang Rakyat di Mesir menerima hadiah paling bermakna iaitu Kemenangan Rakyat dalam menolak kuasa pemimpin yang zalim. Alhamdulillah syukur kepada Allah (maaf, UMNO/BN tidak wujud di Mesir, jadi tiada ucapan dan banner teArima kasih UMNO/BN di Mesir).

Lebih kurang jam 12 tengah malam waktu tempatan (Malaysia), jurucakap Presiden Mesir mengumumkan pengunduran dan perletakan jawatan Hosni Mubarak dan ianya disambut dengan gembira oleh para pejuang Mesir di dataran Tahrir. Perjuangan selama 18 hari akhirnya terbalas dengan 1 sejarah paling manis bagi mereka yang berkenaan dan pastinya akan terpahat dalam lipatan sejarah dunia.

Begitulah kuasa rakyat yang seringkali dilupakan oleh para pemerintah yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Sebelum ini, pemerintah Tunisia pernah melupakan kuasa rakyat dan akhirnya telah digulingkan oleh kuasa yang telah dilupakan iaitu kuasa rakyat. senario yang berlaku di Tunisia menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir... mereka berjaya seperti Tunisia, kemudiannya merebak ke Yemen dan seterusnya Algeria juga kemungkinan besar akan mengalami perubahan yang sama.

Para pejuang di Algeria telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan agenda perubahan pada hari sabtu ini dan mereka khabarnya tidak akan membatalkan rancangan mereka walau dengan apa cara sekalipun dan walau apa rintangan sekalipun. alah bisa, tegal biasa.

Kebangkitan rakyat semakin hari semakin merimaskan pemerintah-pemerintah zalim kuku besi dan di Malaysia sendiri, bahangnya semakin terasa. saban hari, KERAjaan Pusat seakan terlalu terdesak untuk mengingatkan rakyat akan pentingnya "kesinambungan keamanan" sebagaimana yang telah kita nikmati selama ini.

Nampak ianya sebagai 1 tindakan dari Diktator yang berada dalam ketakutan.

Memang wajar dan sewajibnya KERAjaan Malaysia berasa takut akan kebangkitan rakyat setelah lebih 50 tahun anak beranak dan kroni-kroni yang sama mentekedarah hasil bumi Malaysia sehinggakan beberapa Negeri yang terkenal Kaya dengan hasil bumi di Malaysia berjaya menduduki tangga teratas dalam graf negeri termiskin di Malaysia. Sabah, Sarawak dan Terengganu telah menjadi hamba abdi kepada KERAjaan Pusat selama lebih dari 30 tahun.

Ke 3-3 Negeri tersebut sebelum ini dan sekarang masih menjadi Negeri pengeluar Minyak dan Gas asli yang hasilnya mencecah billion ringgit Malaysia setahun dan ke 3-3 Negeri tersebut menikmati 5% dari hasil dari galian tersebut tetapi ke 3-3 Negeri tersebut berada agak terkebelakang (sebenarnya buak "agak", lebih kepada "sangat-sangat" terkebelakang) dari sudut kemajuan jika dibandingkan dengan lain-lain Negeri di Malaysia yang tidak mempunyai "emas hitam" kebanggaan itu.

Malaysia juga dengan perolehan hasil galian tersebut menjadi "bank duit" kepada cukong-cukong darat yang hampir kesemuanya dilindungi oleh KERAjaan Pusat. Hasil-hasil yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan, membiayai rakyat yang berada dalam lingkungan "kurang mampu" dan lain-lain keperluan asas rakyat telah diselewengkan kepada cukong-cukong atas nama "pembangunan".

Yang dinikmati oleh rakyat terbanyak selama ini hanyalah "kepayahan" dan KERAjaan sekian lama hanya pandai "menasihati" rakyat supaya "berjimat cermat" dalam menguruskan perbelanjaan.

Ya... rakyat WAJIB berjimat cermat kerana agihan kekayaan Negara Malaysia kepada pemegang kad pengenalan yang tertulis "warganegara Malaysia" didiskriminasi oleh pemerintah selama ini.

Rakyat WAJIB berjimat cermat manakala pemerintah pula boleh sahaja bermewah-mewah menikmati kekayaan yang tak mungkin akan dinikmati oleh rakyat kebanyakan. slogan "1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanya diguna pakai ketika majlis-majlis keramaian, pilihanraya kecil dan juga dimulut pemerintah.

Kenyataannya, slogan tersebut hanya semata-mata slogan untuk mengabui mata, fikiran dan memperbodohkan rakyat. selagi mana rakyat kebanyakan berada pada paras "bodoh" yang dikehendaki pemerintah, maka KERAjaan akan terus "berjaya" dengan "slogan".

Pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung tidak pernah tahu akan kewujudan jejantas yang nilai pembinaannya ialah sebanyak lebih kurang RM70,000.00 semeter. mereka juga tidak tahu kapal tempur jenis apakah yang nilainya sebanyak lebih kurang RM1,000,000,000.00 setiap unit dan mustahil juga untuk mereka tahu menara bagaimanakah yang mahu dibina KERAjaan Pusat sehingga nilainya mencecah RM9,000,000,000.00.

Yang pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung tahu ialah, setiap penggal, gerombolan berbaju biru berlambang dacing akan datang kerumah mereka bersama beberapa kertas bernilai RM100.00 beserta beberapa helai kain pelikat, batik, beras, gula, minyak dan lain-lain keperluan asas yang pasti akan habis dalam masa tak sampai sebulan.

Terima Kasih KERAjaan Pusat.

Itu sedikit sebanyak cerita pemerintah Negara Malaysia yang partinya diangkat (oleh ahli parti) sebagai KERAjaan. orang-orang bodoh ini diberi kepercayaan untuk menyebarkan dakyah bahawasanya hanya parti dacinglah yang boleh membawa kebahagiaan kepada rakyat (hidup Dacing..!).

Revolusi

Malaysia masih berada jauh dari kemungkinan berlakunya "kebangkitan rakyat" atau "Revolusi" sepertimana yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Yemen walaupun Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dengan ke 3-3 Negara tersebut iaitu "1st Lady" yang boros dan juga suami (isteri) yang boroi.

Kemungkinan untuk berlaku "kebangkitan rakyat" hanya boleh berlaku sekiranya apa yang berlaku di Timur Tengah hari ini berlaku pada tahun 1998 iaitu pada Zaman Kebangkitan Reformasi. hari ini setelah 10 tahun Zaman kebangkitan Reformasi, 4 Negeri di Malaysia diterajui oleh Pakatan Rakyat dan ini sedikit sebanyak telah meredakan kemarahan pada rakyat yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ini kerana di 4 Negeri tersebut, rakyat menikmati berbagai kemudahan yang sepatutnya telah lama dinikmati oleh mereka dan apa yang dinikmati oleh mereka pada hari ini, amat disenangi oleh mereka-mereka yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Untuk bangun memberontak dijalanan, adalah 1 perkara yang mustahil pada hari ini kerana faktor ini kecualilah semua negeri berada di bawah pemerintahan KERAjaan UMNO/BN yang terkenal dengan kerakusannya.

Reformasi 1998 tercetus kerana majoriti Negeri berada dibawah pemerintahan kuku besi dan pro rasuah UMNO/BN, jadi faktor kepada kebangkitan Reformasi pada tahun 1998 adalah kerana penindasan yang berlaku di semua negeri di Malaysia kecuali Kelantan. Rakyat bangun memberontak kerana kehidupan mereka ditindas oleh KERAjaan yang sama.

Lagi pula, Negara Malaysia cukup-cukup terkenal dengan penduduk MeLAYUnya yang sangat "sejuk". hari ini kepala diterajang, 5 minit kemudian sudah lupa kejadian. subuh tadi makan pelempang, matahari belum naik dah lupa pada pelempang... betul cakap Mahdey - MeLAYU mudah lupa.

Malaysia tidak akan berevolusi sampai bila-bila. tidak akan berevolusi sampai bila-bila sebab MeLAYU mudah lupa.

Pemerintah Tunisia dan Mesir tumbang kerana mereka memerintah Negara yang rakyatnya sensitif dan pemuda-pemudinya bijak. kalau pemerintah Tunisia dan Mesir memerintah Malaysia, aku yakin sampai 50 tahun akan datang walaupun dah mati, ke 2-2 pemerintah tadi pasti masih memegang jawatan mereka.

Silapnya pemerintah Tunisia dan Mesir yang digulingkan tempohari tidak berada dalam UMNO/BN. kalau tidak, pasti mereka masih selesa makan tidur beralaskan duit hasil negara tanpa perlu takut pada kebangkitan rakyat.

Mereka tidak pernah belajar dari UMNO/BN bagaimana mahu menghadapi kebangkitan rakyat. pemerintah Malaysia sudah berkali-kali menghadapi kebangkitan rakyat tetapi kesemuanya dimenangi oleh pemerintah. rakyat tidak pernah menang.

Mungkin lain-lain bakal pemimpin Negara Luar patut belajar dari Pemerintah Negara Malaysia ilmu mengekalkan kuasa kerana di Malaysia terbukti - Pemerintah yang korupsi akan sentiasa menjadi pemerintah... patah tumbuh, hilang berganti...

Di Malaysia, turun pemerintah yang zalim, diganti dengan yang zalim juga, turun juga yang zalim, diganti pula dengan yang zalim.

Kalau Aiman tak kesah, tak kan rakyat nak marah..?

PRK Merlimau : Revolusi Jalan Raya Sudah Bermula Di Merlimau - SIRI 1


Selepas 2 minit dari Bandar Merlimau menuju ke Muar anda sudah dapat melihat tanda-tanda revolusi jalanraya di Merlimau.


Semakin hampir anda, semakin jelas kelihatan papan tanda revolusi jalanraya di Merlimau.


Sebahagian lori-lori yang baru tiba untuk menyertai revolusi jalanraya di Merlimau.


Sekatan raya diadakan bagi mengawal revolusi jalanraya yang sedang berlangsung.


Beberapa 'kereta kebal' turut ada untuk mengawal revolusi jalan raya.


Kelihatan tentera-tentera sedang mengendalikan kereta kebal sepanjang revolusi jalanraya ini berlangsung.


Salah satu 'kereta kebal' tentera sedang memantau revolusi jalanraya.


Sebahagian kejayaan selepas berlakunya revolusi jalanraya di Merlimau.


Sebuah kereta kebal mengawal di hujung revolusi jalanraya Merlimau.


Align LeftSebahagian rakyat Merlimau menantikan kesan pembaharuan selepas revolusi jalanraya Merlimau.

Nantikan laporan seterusnya berita-berita revolusi jalanraya di sekitar Merlimau. Ada desas-desus melaporkan revolusi jalanraya Merlimau juga sudah merebak ke halaman pimpinan UMNO di Merlimau.

Jangan tak percaya, Khir Toyo boleh letak jawatan Adun Sg. Burung sebagai respons kepada seterunya!



PAS tidak terkejut jika bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo bertindak meletakkan jawatan Adun Sg Panjang, Selangor dalam masa terdekat. Memandangkan beberapa langkah kontranya dengan arus perdana Umno-BN yang semakin tidak menyebelahinya.


Menurut Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam, Khir mampu mengambil tindakan drastik itu sebagai "balas dendam" terhadap perbuatan sesetengah pemimpin Umno Selangor yang cuba "membunuh" karier politik muktakhir ini.


Apabila beliau disabitkan dengan rasuah memiliki sebidang tanah, dan didakwa di mahkamah, anak Jawa Tanjung Karang itu sudah dapat menghidu permainan licik pihak tertentu yang menjadi seterunya, sehingga beliau bertindak balas dengan meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Dun Selangor, ujar beliau kepada Blog Sanggahtoksago.Com.


Langkah mundurnya itu, tegas Tarmizi, cuba dikendurkan dengan satu tulisan di dalam blognya sehari dua ini tentang penyerahan darjah kebesaran Selangor kepada Baginda Sultan. Namun, dengan pantas, kilasannya itu dijawab secara terang, bahawa bukan beliau menyerahkannya secara sukarela tetapi diarah oleh pihak Istana menarik balik atau menggantung darjah kebesaran itu.


Umno Selangor, katanya, mungkin sedang ghairah untuk mendesak dan mengasak Adun Sri Muda, Shah Alam dari PKR meletakkan jawatan, tetapi tanpa disedari mereka sedang menghadapi "api dalam sekam" Khir Toyo yang akan mengilas dengan beberapa keputusan luar biasa terhadap Umno-BN itu sendiri, termasuk melepaskan jawatan Adun Sg. Panjang seperti beliau melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dun dan merelakan darjah kebesaran ditarik balik.

sunah tahnik





Anak adalah anugerah Allah s.w.t. yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan yang ingin saya kongsi bersama dalam ruangan kali ini. Amalan tersebut ialah amalan tahnik. Apakah dia tahnik? Mungkin jarang orang mengetahui maksud tahnik dan bagaimana hendak melakukan tahnik.

Dalam istilah orang kampung negeri kelahiran saya, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar


Bilakah sunat dilakukan tahnik? Adakah sebaik sahaja kelahiran atau perlu menunggu hari ketujuh?. Al-Bukhari membuat satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh al-Bukhari. Disebutkan dalam al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443). Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini.

Dalam negara kita, kebiasaanya orang awam suka meminta tolong para ustaz atau alim ulama melakukan tahnik kepada anaknya. Mereka mungkin menganggap ini adalah satu sunnah atau mungkin kerana mereka inginkan keberkatan ustaz tersebut. Suka saya kemukakan di sini, bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat dengan membawa anak mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah melakukan tahnik kepada bayi tersebut adalah suatu perkara yang mulia. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai keberkatan pada diri atau zat baginda. Manakala selain daripada Rasulullah s.a.w. berlaku khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang agak kuat lebih cenderung kepada keberkatan zat hanya ada pada para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam.

Ya, ada nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang juga menunjukkan bahawa wujud benda-benda yang diturunkan keberkatan oleh Allah kepadanya. Sama ada tempat, masa atau makhluk-makhluk dari kalangan manusia. Sheikh Soleh bin Abdul Aziz (Lihat al-Tamhid, hlm 125-127) menjelaskan, berkat yang dijadikan oleh Allah ada dua bahagian :


i. Berkat pada tempat atau masa. Seperti Allah Taala memberkati Baitillahilharam dan memberkati kawasan sekeliling Masjidil Aqsa. Maksud berkat di sini adalah dari segi makna dalaman, iaitu ada kebaikan yang banyak dan berkekalan di dalamnya. Dengan kata lain, keberkatannya adalah untuk tujuan beribadat padanya. Begitu juga keberkatan pada masa atau waktu. Allah memberkati bulan Ramadan dengan makna barangsiapa yang melaksanakan ibadat setulusnya dalam bulan ini, nescaya akan mencapai kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

ii. Berkat pada manusia. Iaitu berkat yang dijadikan Allah pada diri orang-orang mukmin. Dimulai oleh berkat pada diri Rasulullah s.a.w. dan para nabi serta rasul-rasul alaihimussalam. Berkat mereka adalah berkat pada zat, iaitu jasad dan tubuh mereka adalah berkat. Manakala selain daripada mereka, keberkatan orang yang beriman bukan pada zat mereka. Berkat pada mereka merujuk kepada berkat amalan, keimanan, ilmu dan dakwah mereka.

Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli kelaurganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, nasihat saya janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya. Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).


Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada satu pun cerita yang diriwayatkan mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru, bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.

Selain itu, perkara lain yang ingin dikongsi bersama ialah berkaitan melakukan tahnik dengan menggunakan air zam-zam. Dalam hadis-hadis, kesemuanya menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Apakah terdapat dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Dalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.

Ini adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang ramai berkaitan sunnah tahnik. Mudah-mudahan sunnah yang kita lakukan dengan niat ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Amin