Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.
“Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.
“Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.
Kata beliau, tiga syarikat itu akan mengeluarkan bil-bil kepada penduduk dan membuat pemotongan secara terus kepada bil-bil di meter pukal.
“Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyiapkan satu senarai yang menyatakan jumlah unit yang didiami bagi setiap pembangunan kos rendah di Selangor.
“Sebenarnya kerajaan negeri menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu dengan memperkenalkan sistem kupon dan telah berbincang dengan Syabas agar proses ini dapat dipercepatkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment