Thursday, February 10, 2011

SIS dah mengamuk bila PAS larang sambut valentine!





14 feb semakin menjelang tiba. PAS pula menyibuk berdakwah untuk menghalang orang islam meraikan perayaan valentine. Saya agak simpati kepada PAS sebenarnya. Walau sejauh mana mereka mencuba mereka tetap gagal. Gagal kerana medium dakwah mereka sangat terhad. Mereka tidak sehebat umno. Andai mereka pergi dari rumah ke rumah sekalipun untuk berdakwah mengenai sambutan valentine mereka tetap tak boleh lawan tv3 ataupun semua media arus perdana di malaysia. Ini kerana, 1 suara menghalang orang islam meraikan sambutan valentine, 10000 suara yang lain mengalakkan pula orang islam untuk meraikan valentine. Heh


Saya tak tipu. Kalau saya tipu boleh buka tv sekarang. Contoh terdekat di tv8 sendiri. TV8, COO nya orang islam. CEO media prima juga orang islam. Ya, saya terpaksa mengakui saya hairan. Jika saya yang beragama islam ini sudah hairan, bukanlah pelik jika orang yang bukan beragama islam juga akan hairan. Heh


Asas kehairanan saya ialah


1. ada orang islam melarang orang islam yang lain sambut valentine


2. ada orang islam mengalakkan orang islam yang lain sambut valentine

Kalau tak percaya, boleh semak printscreen di atas. Baca lah betul-betul. Di bawah ini sambungan keratan berita di atas ;



Nasrudin added that the movement would preach and distribute flyers promoting a sin-free lifestyle at lovers’ hotspots in every state.
Yasmin questioned why the wing was spending so much time and energy on such a petty issue, pointing out that Islam was much more than about how Muslims celebrated Valentine’s Day.
SIS urged PAS to focus on real issues affecting Muslim women such as backlog of cases in the Syariah courts.
Yasmin said SIS had cases where women waited for five years for their divorce cases, adding: “In the meantime, their husbands did not pay maintenance for them and their children.
There are also many cases where court-ordered nafkah (alimony) for children was not enforced. Men get away scot-free while women are left having to eke a living to feed their children.’’
Alhamdullilah. Betul-betul thank you Allah swt. Kerana akhirnya ada juga manusia yang sanggup buang masa seperti Pemuda Pas untuk menyibuk memantau kegiatan maksiat anak muda islam zaman sekarang. Di saat semua orang sibuk menggunakan masa yang ada untuk cari duit [macam saya] tetapi ada juga sekumpulan manusia yang rela buang emas [masa] untuk Allah swt. Ini memang pelik. Allah swt akan ganti ke emas [masa] yang dibuang? Entah apa emas [masa] yang Pemuda Pas akan dapat saya pun tak pasti. Heh


Jika menghalang sambutan valentine itu adalah petty issue [perkara remeh], pelik juga melihat SIS mengulas isu ini secara terbuka. Kalau isu kecik apa je sibuk-sibuk nak buat statement balas kan? Heh


Saya pernah dengar orang nasihatkan saya begini


" dan janganlah kamu menghampiri pintu zina.."


Apa itu pintu zina?


pintu disko ke?
pintu pub ke?
pintu kelab malam ke?
pintu pesta seks ke?
pintu clubbing ke?
pintu sambutan valentine ke?


Ada orang bagitau saya, mereka cakap anak muda sekarang berkahwin atas dasar cinta semata-mata. Mereka tiada perancangan dan hanya menurut nafsu. Selepas suatu tempoh mereka bercerai setelah tiada kasih sayang. Kasih sayang manusia itu terhad dan tidak kekal.



Katakanlah anak muda itu sebelum berkahwin mereka meraikan valentine. Katakanlah valentine itu menjurus kepada perlakuan zina. Katakanlah mereka terpaksa kahwin kerana dek termengandung. Katakanlah mereka akhirnya bercerai setelah tiada sefahaman. Katakanlah mahkamah menangguhkan kes perceraian mereka atas bebanan kerja yang banyak. Katakanlah si ibu menderita, si anak terseksa dan si bapa pula mengabaikan tuntutan nafkah. Katakanlah semua ini berkait rapat dan menjadi asbab. Adakah SIS akan tetap menghalang usaha pemuda pas?


Boleh jadi SIS marah sebab ;


1. Majlis fatwa kebangsaan mengatakan hukum nya sunat sambut valentine. baca sini


2. Bukti serta dalil Alquran mengatakan tiada larangan untuk sambut valentine. Baca sini dan sini.

3. 100 sebab kenapa muslim wajib rai valentine. Baca sini.
Ameno : Sekecil-kecil isu itulah yang menjurus kepada sebesar-besar perkara.

Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi?? Nak provoke tu.. agak-agak la Bro..





Semalam, kebanyakkan blog-blog pro UMNO yang beroperasi dari utara semenanjung iaitu di Pulau Pinang heboh melaporkan kononnya gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu yang bertempat di Taman Pelangi, Perai, Pulau Pinang telah dirobohkan dengan rakusnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPSP.

Mereka menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi para peniaga kecil yang ada di situ.

Rasanya yang mula memutar belitkan isu ini ialah Blog Media Permatang Pauh (korang carilah sendiri..), Blogger atau editor blog tersebut telah menyiarkan beberapa keping gambar dari tempat kejadian dan juga video temuramah dengan beberapa pemilik gerai yang kononnya telah menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU yang lalu.

Laporan oleh Media Permatang Pauh itu hanya menyatakan gerai milik Melayu tanpa menjelaskan perkara sebenar iaitu Melayu manakah yang dikatakannya itu.. Melayu Malaysia atau Melayu yang datangnya dari Indonesia yang menjalankan perniagaan di situ.


Sekeping gambar dari Media Permatang Pauh kat bawah ni..


Sedikit mengenai Taman Pelangi, merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri.

Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing.

Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai.

Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masaalah social.

Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai.

Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka.

OK.. Berbalik kepada isu kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai milik Melayu.

Perlu diketahui bahawa hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, ada antara mereka yang mendirikan gerai secara haram di atas tanah milik kerajaan.

Dan ada juga yang menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina.

Menurut Yang Di Pertua MPSP, pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman Tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut.

Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai.

Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen?

Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai.

Luahan ini juga sebenarnya telah aku dengar sendiri suatu masa yang lalu ketika bersama beberapa orang Ahli Majlis yang telah mengadakan dialog dengan penduduk di situ.

Mereka menyuarakan tentang masaalah social dan pencemaran yang dilakukan oleh warga asing yang membanjiri Taman tersebut. Mereka telah membawa kami melihat sendiri bagaimana sampah dibuang merata-rata, botol-botol arak bersepah di Taman Permainan kanak-kanak..

Rasanya sudah hampir satu tahun berlalu dialog itu dan sekarang baru ada tindakan diambil.. Memang lembab PBT itu menjalankan tugas.. (lembab ada agenda ni..)

Malangnya setelah tindakan diambil oleh PBT ianya dijadikan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang oleh blogger Pro-UMNO pula..

Jadi apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh para Blogger Pro-UMNO itu?

Adakah mereka benar-benar prihatin akan nasib peniaga-peniaga kecil Melayu atau sekadar cuba memutar belitkan isu untuk menimbulkan kebencian masyarakat Melayu terhadap Kerajaan Pulau Pinang sekarang?

Atau adakah mereka sekadar melepaskan perasaan geram mereka terhadap tindakan PBT yang telah mengakibatkan Mini Haatyai tempat mereka melepaskan nafsu kini telah tergugat? Ya lah.. nak lintas sempadan kan minyak mahal sekarang ni…

Nak provoke tu agak-agak la…

Cuba korang baca apa laporan dari Kosmo ni..


MPSP bersihkan 'mini Hatyai'
Oleh RIZAM ZAKARIYA

BUKIT MERTAJAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam memulakan operasi besar-besaran bagi membersihkan imej kawasan perumahan Taman Pelangi di sini yang sebelum ini lebih dikenali sebagai 'mini Hatyai'.

Taman Pelangi menerima gelaran tersebut kerana menjadi kawasan penempatan pekerja warga asing dengan sebahagian blok bangunan diubah suai sebagai asrama sejak beberapa tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan taman tersebut menjadi tumpuan warga asing daripada pelbagai negara sehingga menyebabkan ada warga asing yang berani membuka premis perniagaan di situ.

Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran berkata, operasi berkenaan dilaksanakan setelah pihak MPSP menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut.

"Kita memang terima banyak aduan mengenai pelbagai masalah yang berlaku di kawasan ini sejak dibanjiri pekerja warga asing.

"Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar rumah tingkat bawah di kawasan ini turut diubah suai menjadi premis perniagaan dan ada yang bertindak berani membuat penyambungan elektrik secara haram di premis berkenaan.

"Begitu juga penduduk tempatan yang ambil kesempatan menyewakan premis tersebut kepada warga asing untuk dijadikan premis perniagaan," katanya ketika ditemui semasa mengikuti operasi berkenaan semalam.


Kosmo! Online

Isu roboh gerai Kosmo kata lain Utusan kata lain

Kali ni ReJaM© nak ajak korang baca berita tentang isu perobohan gerai yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan telah menerima terlalu banyak aduan penduduk yang tidak selesa kebanjiran pendatang haram yang selalu berlonggok di sebuah kawasan perumahan Taman Pelangi sehinggakan kawasan tersebut digelar sebagai "Hatyai".

Mengikut laporan akhbar Kosmo, oleh kerana terlalu banyak aduan diterima dari penduduk yang tidak berpuas hati, maka pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan gerai-gerai haram yang dibina oleh pendatang haram di situ. Ada juga gerai haram penduduk tempatan yang disewakan kepada pendatang haram turut dirobohkan [Kosmo].

Di bawah ini screenshot dari akhbar kosmo online.



Ok kalau dah baca, sekarang kita layan pulak laporan akhbar Lawak jenaka Utusan Merapu, baik punya putar belit satu kejadian yang sama, tapi dua laporan yang berbeza. Malas cakap banyak, korang boleh baca sendiri kat bawah ni, sila klik untuk membesarkan lagi image.

Nuffnang Ads




Baik punya putar sampai ada kekecohanlah, tindas rakyatlah, tidak adil lah, Melayu tak majulah, kena tipulah. Isu pendatang haram terus hilang, pendatang haram tiba-tiba dah jadi rakyat Malaysia yang menjaja kah kah kah. Kalau korang nak baca lebih lanjut rujuk link ini [Utusan].

ReJaM© "Utusan Merapu - Penyebar Fitnah Kepada Rakyat"

Perihal 'Doggy' Ketua UMNO Puchong Perdana!! Adakah Berkaitan Dengan Harian Metro Hari Ini



Ketua UMNO Puchong Perdana Ditangkap Berzina...???


Saya dapat satu email, saya tidak pasti setakat mana kesahihan berita ini. Tetapi memandangkan terlalu banyak keburukan yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO maka tidak mustahil berita yang disiarkan ini mempunyai kebenarannya.


Di bawah ini adalah satu surat/email yang dihantar kepada Nor Aishah binti Samah yang saya kira seseorang yang berjawatan pegawai atasan kepada si pesalah ataupun pegawai pengurusan sumber manusia bagi universiti terkemuka yang dimaksudkan di bawah.


Menurut surat/email di bawah, ia menyamai apa yang diberitakan dalam Harian Metro edisi hari ini yang memaparkan berita sensasi mengenai isteri yang dicekup berkhalwat, tetapi tidak dinyatakan pasangan isteri yang ditangkap berkhalwat itu adalah ketua UMNO Puchong Perdana. Adalah menjadi suatu yang gila sekiranya Harian Metro memaparkan cerita sebenar melibatkan entiti UMNO.


Harian Metro seperti kebiasaannya hanya akan memapar cerita sensasi sebegini tanpa mengambil kira siapakah yang terlibat, yang penting adalah tahap sensasinya tanpa menyedari ianya adalah lebih sensasi memandangkan orang yang terlibat itu adalah berlatarbelakangkan UMNO dan cara ditangkap itu ketika melakukan aksi 'doggy'.



Saya tidak mengesahkan surat/email yang tertera di bawah tetapi dalam masa yang sama, tidak menolak kemungkinan ianya adalah benar kerana kedua-dua cerita berdasarkan surat/email mangsa dan berita di Harian Metro mempunyai kesinambungan tersendiri.


Oleh demikian, dalam hal ini sama-samalah kita mencari kebenaran. Perihal-perihal sensasi sebegini saya mengelak untuk terlibat dengan lebih jauh, maka saya serahkan kepada para pengunjung untuk mencari kebenaran atau sekurang-kurangnya menilai akan sejauh mana benarnya cerita sensasi ini. Terpulang juga kepada blogger lain untuk membuat pendedahan selanjutnya.


Surat/email di bawah hendaklah dibaca dengan teliti dan hanya terbuka kepada pembaca 18 tahun ke atas sahaja. Lebih lengkap-melengkapi jika kesedihan sang suami dalam cerita di bawah dikongsi bersama mereka yang sudah punya isteri.
Assalamualaikum wr wb,


Nor Aishah Binti Samah,


Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.


Pada pukul 2 am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.


Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".



Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"


Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.


Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.


Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.


Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli.




Yang Benar
Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com
Di bawah pula adalah berita hangat dalam Harian Metro hari ini;




Anak saksi maksiat ibu
Oleh Idris Musa, Muhd Izawan Baharin dan Muhammad Apendy Issahak


KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.


KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.


Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.


Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun. Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.


"Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya," katanya.


Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka. "Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.


"Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya," katanya.



Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. "Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini," katanya.


Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.


Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.


"Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.


"Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.


"Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.


"Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. "Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan," katanya.


Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor



Selamat menilai. Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis dalam entri ini.




EDYES @ edyesdotcom

Semalam Bot RM 6 Bilion, Hari Ini Jejantas RM10Juta!! Revolusi Tunisia-Mesir Memanggil !!

Apa nak jadi dengan negara Malaysia nie? Nak jadi Tunisia ? Nak jadi Mesir ?? Kalau perlu jadi, kita jadikan!!


Macamana aku nak kata lagi, semalam heboh pasal beli kapal ronda dengan harga 1Bilion sebijik!! 1 Bilion sebijik beb!! Berapa deret rumah teres kos sederhana dapat dibina untuk rakyat dengan RM 1Bilion?? Berapa banyak harga gula, beras dan keperluan harian lain dapat diturunkan sekiranya RM6bilion ini ditafsirkan sebagai subsidi??


Hari ini, sebab nak bagi selesa pada pelancong, nak bagi grand kepada orang asing yang datang ke KLCC, sebuah jejantas berharga 10juta dibina!!


Apalagi?? apalagi yang nak dibina?? Menara 100 tingkat berbilion-bilion?? nak bina pusat janakuasa nuklear berpuluh bilion?? bila lagi nak beli kapal angkasa 100bilion dari Rusia?? bila Rosmah nak lawat stesen angkasa??


Kerajaan Barisan Nasional tak pernah serik dan tak pernah sedar!! Dengan projek gilababi berbelas bilion PKFZ!! Dengan pembelian 2 biji scorpene berharga 7bilion!! Dengan pembelian 3.2bilion sukhoi dan hampir-hampir beli heli tempor eurocopter yang harganya dibeli oleh Brazil 83juta sebijik tapi kerajaan bijak kita nak beli dengan harga 190juta sebijik!!! sebab apa? sebab heli ini boleh menyelam ke dasar laut china selatan bila terhempas!!



Dalam masa yang sama, rakyat dibiarkan tercekik dengan subsidi dinafikan sikit demi sikit!! Rakyat dibiar merempat, duduk dalam sarang burung merpati 17 tingkat sampai mati, dengan anak-anak membesar jadi setan buang anak merata-rata, jadi penagih, jadi mat rempit mampos bunuh diri!! Langsung tak hasilkan modal insan!!


Ini retorik paling hebat dengan apabila dengan dalam sedar berkata - Rakyat didahulukan!!


Macam ini korang semua boleh duduk diam?? ini bumi Malaysia rakyat yang punya, bukan kerajaan Barisan Nasional !! Tapi hasil bumi, hasil keringat rakyat dibelanjakan sesuka hati!! korang boleh diam??


Aku menulis hari nie dengan versi emosional, tunggu artikel aku yang rasional malam sikit!! Sementara tu, baca petikan kat bawah nie dan fahamkan;
che'GuBard sangsi dengan tindakan TLDM menyerahkan kapalnya kepada APMM kerana ia mungkin hanya bertujuan membolehkan pembelian kenderaan TLDM baru menguntungkan orang tengah dengan bayaran komisen.


“Di kala rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barang dan petrol, Najib tergamak berbelanja RM 6 bilion untuk beli kapal laut.


“Kita tidak tolak kemungkinan perbelanjaan tersebut hanya untuk menyalurkan komisen kepada syarikat perantara dikenali sebagai ‘Special Purpose Vehicle’, seperti dijelaskan di Parlimen.



“Komisen tersebut kemudiannya mungkin akan diberikan semula kepada jentera Barisan Nasional untuk digunakan sewaktu pilihan raya umum ,” kata Pengerusi SAMM.


Menurutnya, Najib juga tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.


Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .
Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.


EDYES @ edyesdotcom
edisi emosional !! tunggu yang rasional malam nie InsyaAllah

Bayi Dibuang Setiap 3 Hari Sekali di Malaysia - 1 Kejayaan !! (Wajib Baca!!)




517 Kes Buang Bayi Antara 2005 - Jan2011 : Bermakna setiap 3 hari setengah, seorang bayi dibuang dalam negara Malaysia!


Ini merupakan kejayaan hebat 1Malaysia melalui skim ketuanan melayu yang diamalkan sejak kemerdekaan. Faktor utama kejayaan ini adalah kerana statistik menunjukkan kerajaan 1Malaysia berjaya mengekang kadar pembuangan bayi yang lebih dasyat iaitu 1 bayi dibuang setiap hari.



Statistik pembuangan bayi dalam setiap 3 hari setengah juga menandakan masalah sosial negara kita masih belum berada setara di tahap zaman jahiliah. Oleh demikian, langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hub hiburan terkemuka adalah merupakan satu langkah yang tepat.


Bagi meneruskan lagi legasi pemerintahan sekular ala Mustafa Kamal Altartuk, sila pastikan kemenangan seterusnya regim gerombolan di PRU akan datang. Nescaya negara akan dihidangkan dengan hiburan, disaji dengan taburan kesenangan terutamanya selepas berlaku kematian ADUN atau MP di satu-satu kawasan.


Berbalik kepada isu pembuangan bayi, langkah terbaik kerajaan setakat ini untuk mengekang gejala buang bayi adalah dengan menyediakan seberapa banyak pusat pengagihan kondom percuma selain daripada menyediakan sekolah ibu mengandung anak luar nikah.


Satu lagi langkah yang agak praktikal ialah, dengan memperkenalkan pelajaran seks kepada pelajar sekolah menengah dengan salah satu subjek terasnya ialah - Bagaimana caranya untuk pancut di luar dan cara-cara untuk mengetahui waktu subur anda, dengan motto 'elakkan bersama ketika subur'.


Justeru itu, dengan persiapan bijak lagi rapi bagi menghadapi gejala sosial negara terutamanya dalam aspek masalah pembuangan bayi, kerajaan Malaysia sememangnya telah melakukan yang terbaik demi anak bangsa. Ingatlah, kita masih belum sampai di tahap 1hari-1bayi dibuang merata.


Lagipun, negara kita ini adalah negara Islam sepertimana yang sering digesa oleh parti PAS dan jumlah masjid juga adalah yang terbanyak by ratio mengikut pola penempatan rakyat Malaysia. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.


Kerajaan juga bercadang membina lagi sekolah ibu mengandung lantas ia mengurangkan statistik buang bayi kerana kelahiran bayi di sekolah ini terjamin di ward bersalin hospital kerajaan terhampir. Sekolah-sekolah ini akan dibina di negeri di bawah penguasaan Barisan Nasional memandangkan negeri-negeri tersebut menjadi juara dalam isu berbangkit.


Akhir kata, janganlah kita terlalu asyik mengkritik kerajaan bak kata Isa Samad - yang kritik itu hebat sangatkah?


Sesungguhnya, negara gejala sosial di Malaysia masih lagi belum kritikal jika dibandingkan dengan kebanyakkan negara Amerika Selatan dan juga negara-negara Afrika (maklumat ini diperolehi ketika sidang kemuncak 1st Lady, ada juga manfaatnya FLOM).


Malaysia Tanah Tumpah Darahku!! Raikan Demokrasi, jangan pilih jalan gelap!!

EDYES @ edyesdotcom

Blogger Rakyat Anda!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Berita di bawah sebagai rujukan;



517 Kes Buang Bayi Dilaporkan Dari 2005 Hingga Januari Tahun Ini




KUALA LUMPUR: Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya.



"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu.



Beliau berkata daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.



Mohd Bakri berkata seramai 37 orang suspek telah ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.



Dalam tempoh yang sama, 18 kes telah dituduh di mahkamah dan sebanyak sembilan kes telahpun dijatuhi hukuman, katanya.




Menurutnya hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas.



Mohd Bakri berkata polis berdepan dengan kekangan dalam siasatan jenayah tersebut seperti kesukaran untuk mengesan suspek, tidak dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi kerana kebanyakan bayi telah reput.



"Ujian DNA tidak dapat dilakukan kerana tiada sampel yang diperolehi daripada suspek untuk perbandingan," katanya.



Justeru itu, polis mencadangkan kepada semua pihak yang terlibat dalam mencegah jenayah ini sama ada kerajaan dan bukan kerajaan agar menekankan aspek pencegahan dan rawatan secara serentak.



Sementara itu, beliau berkata pihaknya kini diberi tanggungjawab mengendalikan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR Alert (National Urgent Response Alert) bagi mengesan dan menghebahkan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.



Katanya pihaknya diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam isu ini memandangkan siasatan dilakukan oleh polis turut meliputi pencarian bukti dan penyebaran maklumat.




"Oleh itu bagi polis, kita mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam mengendalikan perkara itu," katanya.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini berkata, kementerian itu bersama-sama polis telah memuktamadkan pelaksanaan sistem itu setelah ia dipersetujui kedua-dua pihak.



"Kalau ada kes-kes kehilangan, sistem ini akan digerakkan segera," katanya. - BERNAMA

Selangor perlu Pasukan Polis Bantuan untuk kurangkan jenayah

Tuesday, 08 February 2011 |
Ruangan: Berita



SHAH ALAM, 8 Feb – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan permohonan kerajaan Selangor untuk Menubuhkan Pasukan Polis Bantuan bagi membantu menjamin keselamatan rakyat Selangor, sebagai respons terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di Selangor.



Dalam surat kedua yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam, Khalid menyatakan keselamatan rakyat juga tanggungjawab kerajaan negeri dan tiada alasan Hishammudin untuk menolak perkara ini.


“Saya menulis kepada Menteri Dalam Negeri supaya hasrat kerajaan Selangor untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan menjadi kenyataan.


“Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa Kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat,” kata Menteri Besar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.


Julai lalu, Kerajaan Negeri Selangor pernah meminta KDN meluluskan permohonan untuk mengadakan polis bantuan dalam membantu membanteras operasi perlombongan pasir haram dan lain-lain jenayah.


Malah, kerajaan Selangor juga pernah memohon kepada KDN untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.


“Ini bukanlah hal yang luar biasa kerana pada 2006 lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telahpun mengemukakan permohonan untuk mengadakan pasukan Polis Bantuan,” katanya.


Khalid turut merasa bimbang dengan dua kes yang terbaru di mana dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta kes wanita hamil yang ditampar dan dirompak, yang menurutnya membuktikan perlunya ada pasukan keselamatan tambahan untuk membantu polis mengawal keselamatan dan mencegah kejadian jenayah.


Tanpa memperlekehkan usaha polis dalam membanteras jenayah, Khalid menyatakan niat kerajaan Selangor ini murni, iaitu menyediakan pasukan keselamatan bagi membantu dan melengkapi rutin harian anggota polis, bukannya mengambil alih tugas penguatkuasaan pasukan polis.



Tambahnya, dengan peningkatan bilangan pasukan keselamatan yang diberi tugas rondaan dan pencegahan jenayah, keselamatan rakyat dapat dipertingkatkan.


“Kerajaan Selangor komited untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan ini dengan hasrat menyediakan persekitaran kehidupan yang aman selaras dengan misi Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, tenteram dan berkebajikan,” kata Khalid lagi.