Tuesday, May 24, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Rumah Anak-Anak Yatim

Operasi di lokasi tanah runtuh diteruskan

'Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh

24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat

3 Anak Yatim Terbunuh Dalam Tanah Runtuh Hulu Langat.flv

Tanah Runtuh Di Hulu Langat.flv

Tanah Runtuh Hulu Langat - Guru Sahkan Mangsa Murid Sekolahnya

Tanah Runtuh Hulu Langat - Saksi Ceritakan Detik Cemas

(GAMBAR) Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Kira-kira 2.30 petang tadi, satu tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Setakat pukul 5.30 petang, sembilan daripada 20 kanak-kanak telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).



Rumah Anak-anak Yatim tanah runtuh


Tiga daripada mereka telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala selebihnya yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.



Mangsa tanah runtuh
Orang ramai membantu mengusung mangsa tanah runtuh yang telah meinggal dunia.


Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.



asrama anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa
Gambar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa sebelum kejadian tanah runtuh


Difahamkan kejadian tersebut berlaku kesan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari, yang telah menyebabkan tanah dibelakang asrama mengelongsor dan merempuh asrama berkenaan. Ketika kejadian kesemua kanak-kanak berkenaan dikatakan berada dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini




Mangsa tanah runtuh asrama anak yatim
Mangsa tanah runtuh yang berjaya dikeluarkan dari kawasan kejadian.