Tuesday, September 6, 2011

Hadiah Masuk U


SOALAN-SOALAN LAZIM
HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Maklumat Terkini (1 Ogos 2008)
1. Pindaan borang kali kedua : KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG
*Borang pindaan ini dikemukakan bagi mengatasi masalah permohonan yang tidak lengkap untuk tujuan proses pembayaran. Bagaimanapun borang sebelum ini yang telah dimuat turun masih boleh digunakan. Borang yang telah dihantar juga masih sah.

Sila pastikan perkara berikut dipatuhi :
(i) Permohonan yang dihantar hendaklah dipastikan lengkap bagi mengelakkan kelewatan proses pembayaran;

(ii) Setiap salinan dokumen dan perakuan pada borang hendaklah DISAHKAN BENAR oleh pihak-pihak yang dinyatakan SAHAJA; dan

(iii) Bagi permohonan secara pengkreditan terus (direct debit), sila pastikan bahawa akaun bank pemohon adalah AKTIF dengan mengemukakan salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir buku akaun bank pemohon. Akaun yang TIDAK AKTIF boleh menyebabkan kegagalan proses pembayaran.


Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini?
A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut:
(i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam
(ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor, iaitu:
www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT)
(iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing;
(iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.

Q : Apakah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Hadiah Pengajian IPT ini?
A : (i) Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
(ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
• Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
• Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
(iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja.
(iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja. (Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon).
(v) Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
(vi) Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

Q : Saya lahir di Negeri Selangor, tetapi ibu bapa saya tidak lahir di Negeri Selangor. Adakah saya layak memohon?
A : Layak berdasarkan kriteria: Pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya lahir di Negeri Kelantan, tetapi Ibu saya lahir di Selangor. Adakah saya layak memohon?
A : Layak berdasarkan kriteria: Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPT Swasta (IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Adakah IPT saya tersenarai bagi pemberian hadiah ini?
Layak sekiranya pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia secara sepenuh masa (full time). Adakah saya layak?
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjanamuda sahaja.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian A-Level sebagai persediaan bagi pengajian ke luar negara.
A : Pengajian di peringkat Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon. Walau bagaimanapun, pemohon hanya layak dipertimbangkan setelah mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjanamuda pada tahun berikutnya.

Q : Saya kini telah bekerja dan pada masa yang sama sedang mengikuti pengajian luar kampus (PLK) peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa (full time) sahaja.

Q : Saya merupakan pelajar Tahun Akhir (semester ke-lapan) di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mendaftarkan diri untuk Tahun Pertama (semester pertama) bagi sesi pengajian mulai Julai 2008 sahaja.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tetapi belum mendaftarkan diri.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, tetapi terpaksa menangguhkan pendaftaran pada tahun 2008 atas sebab kesihatan.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian pada tahun berikutnya.

Q : Pendapatan Bapa saya berjumlah RM1,250.00 manakala Ibu saya adalah suri rumah.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Ibu dan Bapa saya bekerja, tetapi jumlah pendapatan mereka adalah kurang daripada RM1,500.00.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Saya dipelihara oleh Bapa Saudara saya sejak berumur 10 tahun memandangkan Ibu dan Bapa telah berpisah dan saya mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan Ibu/ Bapa saya.
A : Pendapatan yang akan diambilkira adalah pendapatan Penjaga, iaitu Bapa Saudara pemohon.


Q : Apakah dokumen-dokumen lampiran yang mesti dikemukakan untuk permohonan hadiah ini?
A : Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Rasmi Hadiah Pengajian IPT (RM1,000) (BPSM/HPIPT/2008) dengan menyertakan dokumen-dokumen lampiran seperti berikut:
(i) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon
(ii) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Bapa pemohon;
(iii) Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
(iv) Pengesahan pendaftaran diri pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/ Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Dekan Fakulti/ Ketua Pusat;
(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibu Bapa/ Penjaga pemohon; dan
(vi) Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.

Q : Saya telah mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta dokumen lampiran yang dikehendaki. Di mana saya perlu menyerahkan borang permohonan ini?
A : Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam

Q : Adakah pemohon diberi pilihan untuk menerima pembayaran RM1,000 tersebut?
A : Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dibuat menerusi dua (2) kaedah pembayaran mengikut pilihan pemohon, iaitu:
(i) Pengkreditan terus ke akaun pemohon; atau
(ii) Melalui cek atas nama pemohon.

Q : Berapa lama tempoh masa yang perlu saya tunggu untuk menerima pembayaran RM1,000?
A : Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap diterima oleh pihak Urusetia.

Q : Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah/ kemusykilan berkenaan permohonan hadiah ini, siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan bantuan/ penerangan?
A : Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 7480/ 7481/ 7482
Faks: 03-5510 4095/ 5513 5564

Q. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
A : Julai 2008

Monday, June 20, 2011

Nabi Muhammad s.a.w dalam Kitab Hindu

Salam semua, semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat selalu. Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai pencarian, dan harapan mereka yang menganut agama Hindu supaya satu hari nanti bangsa mereka akan mendapat kebenaran dan kejayaan dengan “turunnya” Kalki Avatar. Sedangkan, apa yang digambarkan oleh mereka sebagai Kalki Avatar adalah menyamai apa yang ada pada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa mereka sedari, Kalki Avatar yang mereka tunggu-tunggu selama ini telah dilahirkan di bumi Arab lebih kurang 1400 tahun yang lalu mengikut kalendar Islam.

Anda boleh membaca artikel sepenuhnya di bawah.

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat di dalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada di pasaran.

Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur’an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra’ dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi’raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur’an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? Sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Sumber : fakhta-marzuki.blogspot.com

Thursday, June 2, 2011

Tragedi Tanah Runtuh rumah Anak Yatim Al-Taqwa Part 111

PAS Dusun Tua merakamkan takziah kepada mangsa tragedi yang menimpa Madrasah At-Taqwa. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. Kepada mereka yang tercedera diharapkan sabar dalam menghadapi cubaan Allah ini.

Tidak dilupakan juga kepada Unit Amal yang sejak dari awal turun ditempat kejadian dan membantu walaupun mempunyai kelengkapan terhad. Unit Amal telah membuka kemah bantuan sejak petang semalam agar dapat membantu pihak yang ditimpa musibah dan mereka yang membantu dalam usaha menyelamat. Syabas dan tahniah

Tragedi Tanah Runtuh rumah Anak Yatim Al-Taqwa Part II

Banyak kisah dan bantuan yang dihulurkan.... namun tidak semua yang terpapar didalam media kecuali yang tak sengaja. Terutama yang melibatkan PAS dan Unit Amal. Bukan berkerja untuk mendapatkan habuan dunia dan nama.... Cuma nak bagi tahu bahawa bukan UmNo sahaja berada di tempat kejadian.....

DYM Sultan Mencemar Duli Ke Madrasah At Taqwa


Mereka yang terlibat terus mendapat bantuan. terkini dari DYM Sultan Selangor dan Isteri Menteri Besar Selangor.

Adun Lembah jaya Y.B Tuan Khasim Bin Abdul Aziz turut bersama semasa kejadian
Yang ini Siapa tak kenal Ahli Parlimen Hulu langat Y.B Dr Che Rosli Bin Che Mat bersama dengan Pengarah JKR Negeri (kalau tak salah saya)
Yang ini Exco Pendidikan dah dua kali datang ke kg sungai semungkis yang mana dahulunya tahfiz terbakar dan sekarang ini tanah runtuh tabah mereka ini dalam menjalankan tugas

Lawatan TG Nik Aziz di Tapak Tragedi Tanah Runtuh dan Penyampaian Sumbangan


hadirnya seorang ulamak menberi semangat baru kepada penghuni agar kuat dan tabah menghadapi dugaan allah yang mana siapa tidak dapat menduga ketentuan ilahi

Sedikit sumbangan yang cukup bermakna kepada yang menerima




Tuesday, May 24, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Rumah Anak-Anak Yatim

Operasi di lokasi tanah runtuh diteruskan

'Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh

24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat

3 Anak Yatim Terbunuh Dalam Tanah Runtuh Hulu Langat.flv

Tanah Runtuh Di Hulu Langat.flv

Tanah Runtuh Hulu Langat - Guru Sahkan Mangsa Murid Sekolahnya

Tanah Runtuh Hulu Langat - Saksi Ceritakan Detik Cemas

(GAMBAR) Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Kira-kira 2.30 petang tadi, satu tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Setakat pukul 5.30 petang, sembilan daripada 20 kanak-kanak telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).



Rumah Anak-anak Yatim tanah runtuh


Tiga daripada mereka telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala selebihnya yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.



Mangsa tanah runtuh
Orang ramai membantu mengusung mangsa tanah runtuh yang telah meinggal dunia.


Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.



asrama anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa
Gambar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa sebelum kejadian tanah runtuh


Difahamkan kejadian tersebut berlaku kesan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari, yang telah menyebabkan tanah dibelakang asrama mengelongsor dan merempuh asrama berkenaan. Ketika kejadian kesemua kanak-kanak berkenaan dikatakan berada dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini




Mangsa tanah runtuh asrama anak yatim
Mangsa tanah runtuh yang berjaya dikeluarkan dari kawasan kejadian.


Monday, May 16, 2011

Statitik SMUE Sehingga 30/04/2011



Nota: Tempoh menunggu purata bermaksud jumlah hari diambil dari tarikh penama menerima pembayaran pertama sehingga pembayaran kedua dibuat oleh Pejabat Daerah.

2. Pecahan Pendaftaran SMUE Sehingga 30/04/2011


3. Pecahan Pembayaran SMUE Sehingga 30/04/2011


4. Statistik Pembayaran SMUE mengikut Daerah sehingga 30/04/2011


5. Pembayaran SMUE mengikut Tahun sehingga 30/04/2011







Last Updated : 09/05/2011

Makan Malam Di Dewan Dato' Nazir


Ayah chik sedang menjamu selera bersama Dr Rosli dan Ydp Hj Razali bermesra bersama sedang disapa oleh Penyelaras DUN Mohd jan menu dia Kari Daging,ikan masin, talapia Bakar, sayur campur dan sambal....ini je menu mereka.....





Kuliah Maghrib DS TG Hj Hadi Awang Di Masjid Pekan Bt 14


Mereka tidak disuruh tetapi ini lah hakikat mereka ini apa bila dapat berjumpa dengan golongan ulamak ( bukan Ular dalam Semak) kesempatan ini digunakan untuk bersalaman ...


Masyarakat di dusun tua mula sedar tiada ilmu akan mudah ditipu oleh golongan yang sentiasa sesat...lihat sendiri majlis ilmu yang di adakan ....