Wednesday, February 1, 2012

Talian Bebas Tol Aduan Sampah Selangor

Talian Bebas Tol Aduan Sampah Selangor
Talian bebas tol aduan sampah Selangor : 1800 88 2824
Masa beroperasi dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor pada 17 Januari 2012

*Selepas daripada jam 6 petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa tetapi ia dirakamkan. Pengadu hanya perlu memberitahu maklumat spesifik (lengkap) di mana berlakunya masalah kutipan sampah seeprti di mana lokasi, masa dan sebagainya, selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula.

PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR

PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR

Maklumat Am : Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir "Fast Track" bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2012 bermula pada 6 Februari 2012 (Isnin).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :

PERKARAKETERANGAN
KELAHIRAN
  • PEMOHON lahir di Negeri Selangor; atau
  • IBU atau BAPA pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah BERMASTAUTIN lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PENAJAAN
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja akan diberi keutamaan
PENCAPAIAN AKADEMIK
  • Pemohon yang memperolehi PENCAPAIAN AKADEMIK yang baik akan diberi keutamaan
TAHUN PENGAJIAN
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN atau diberi tempoh pelanjutan pengajian

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :


Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) GRED C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di pringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
- Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti ( tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir Fast Track Negeri Selangor

- Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:

KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN

Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah (Perubatan) RM7,000.00
Ijazah (Lain-lain)RM6,500.00
Diploma RM4,900.00
Sijil RM4,000.00

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my
  1. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
  2. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  3. Pemohon dikehendaki menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan dengan menandakan (/) pada kotak berkaitan.
  4. Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A / Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar sahaja) manakala Surat Pengesahan Mastautin (jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Selangor) & Surat Pengesahan Pendapatan (jika ibu bapa tidak bekerja/pesara/bekerja sendiri) hendaklah diperakukan oleh ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung sahaja.
  5. Borang permohonan yang gagal diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan tidak akan dilayan.
  6. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau pun laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan.
PROSEDUR PERMOHONANSENARAI LAMPIRAN DOKUMEN PERMOHONAN

Sijil Kelahiran
  • Salinan SIJIL KELAHIRAN Pemohon
Kad Pengenalan
  • Salinan KAD PENGENALAN Pemohon
  • Salinan KAD PENGENALAN Ibu/Bapa Pemohon (bagi pemohon bukan lahir di Negeri Selangor sahaja)
  • Surat PENGESAHAN MASTAUTIN daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung (bagi pemohon/ibu bapa bukan lahir di Negeri Selangor sahaja)
Surat Tawaran
  • Salinan SURAT TAWARAN KEMASUKAN dari Universiti/Institusi Pengajian
Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
  • Salinan SIJIL BERHENTI SEKOLAH dan SURAT AKUAN (testimonial) (bagi pemohon kemasukan baru melalui SPM/SPMV/STAM/STPM sahaja)
Keputusan Peperiksaan
  • Salinan Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV/STAM/STPM atau
  • Salinan keputusan DIPLOMA/MATRIKULASI/ASASI (jika berkenaan) atau
  • Salinan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi setiap Tahun Akademik/Semester Pengajian (bagi pemohon selain dari kemasukan baru/tahun pertama)
Sijil Penyertaan
  • Salinan sijil penyertaan KO-KURIKULUM
Pendapatan
  • Salinan PENYATA PENDAPATAN/PENYATA KWSP/SLIP GAJI Ibu bapa/Penjaga Pemohon (jika masih bekerja) atau
  • SURAT PERAKUAN PENDAPATAN (jika bekerja sendiri/tidak bekerja) KAD PESARA & PENYATA BAYARAN PENCEN (Jika pesara Kerajaan)
Tanggungan Keluarga
  • Salinan SIJIL KELAHIRAN/SALINAN KAD PENGENALAN mereka yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga

PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan adalah secara atas talian sahaja.


Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan:
http://tkwbns.selangor.gov.my

Sekiranya memerlukan informasi tambahan hubungi :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5521 2275 / 5544 7543




Makluman Penting : Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2012 (Rabu)










Kemaskini pada 31 Januari 2012
Makluman bahawa tawaran sesi pertama dibuka dari 6 - 29 Februari 2012 sahaja

Makluman bahawa tawaran sesi kedua akan dibuka pada bulan Ogos

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

SUMBANGAN BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR

SUMBANGAN BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR

FASA 1 TAHUN 2012

Permohonan adalah dibuka kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Negeri Selangor

Tarikh mula memohon : 5 Disember 2011. Tarikh tutup permohonan : 3 Februari 2012

Keterangan: Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 16, 000,000.00 untuk Sekolah Agama Rakyat, SJK (C) dan SJK (T). Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan boleh mendapatkan borang permohonan di tempat – tempat berikut:

i. Portal Kerajaan Negeri Selangor
ii. Pusat Khidmat Masyarakat (Pejabat DUN) di kawasan masing-masing
iii. Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Tarikh tutup permohonan adalah 3 Februari 2012. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pihak urusetia, Cik Hidayatul Aiza binti Mokhtar di talian 03-5521 2279.

MUAT TURUN BORANG
Borang Permohonan Bantuan Peruntukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor

HUBUNGI KAMI

Unit Pendidikan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Tingkat 3, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam, Selangor.
No. Telefon : 03-5521 2229
No. Faks : 03-5513 5564

MES


L1

L2

L3

L4

L5

L6

L7

L8

L9

L10

L11

L16

L15

Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 30.04.2011

1. Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 30.04.2011




2. Charta Pecahan Perbelanjaan Program MES sehingga 30.04.2011 mengikut Program


Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 30.04.2011

1. Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 30.04.2011




2. Charta Pecahan Perbelanjaan Program MES sehingga 30.04.2011 mengikut Program


Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 31.08.2011

1. Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 31.08.2011




2. Charta Pecahan Perbelanjaan Program MES sehingga 31.08.2011 mengikut Program


Dipaparkan statistik keseluruhan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor

1. Jumlah Pembayaran Program MES sehingga 30.09.2011




2. Charta Pecahan Perbelanjaan Program MES sehingga 30.09.2011 mengikut Program



PAS Dusun Tua: Program Ziarah Kg Jawa

PAS Dusun Tua: Program Ziarah Kg Jawa