Thursday, April 14, 2011

Untuk Pengundi Sarawak: Berubah ke arah Sarawak Baru, undilah calon Pakatan Rakyat

SERUAN YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT UNTUK PENGUNDI SARAWAK

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak.

Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:



Maksudnya: “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8).

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)

Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti.

Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).

Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera.

Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.

Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.

Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.

Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

Al-Mursyidul Am PAS

9 Jamadil Awal 1432H/12 April 2011M.

Pasca PRU 12 : Tahaluf Siyasi Dalam Kontek Perjuangan PAS

Pilihanraya umum ke 12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008 telah menyaksikan keruntuhan tembok keangkuhan kerajaan UMNO/BN. Buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka dimalukan dengan begitu teruk dan mencipta rekod kekalahan yang tercorot selepas mencapai rekod kemenangan terbaik dalam pilihanraya umum ke 11 pada tahun 2004. Buat pertama kali dalam sejarah juga, masyarakat Malaysia bersatu padu dalam menumbangkan penguasaan UMNO/BN dengan mengundi pembangkang tanpa mengira agama dan warna kulit.

Banyak faktor yang boleh disenaraikan yang menjadi penyumbang kepada prestasi pihak pembangkang pada kali ini. Apa yang paling utama ialah kegagalan UMNO/BN untuk melaksanakan tradisi membela rakyat dengan kenaikan harga barang, kos kehidupan yang semakin tinggi serta angka jenayah yang membimbangkan. Selain dari itu, isu-isu rasuah, penyelewengan, kronisma serta skandal badan kehakiman menambah kebencian rakyat kepada kerajaan yang ada yang akhirnya membawa mereka untuk mengundi pembangkang sebagai alternatif kepada UMNO/BN.

Secara jujurnya, PAS yang turut mendapat manfaat di dalam arus kebangkitan rakyat ini sebenarnya masih belum boleh dikatakan berjaya di dalam mempromosi dasar perjuangan Islamnya kepada rakyat. Ini boleh dilihat dari sudut sokongan orang-orang Melayu (kecuali di Kelantan) yang tidak menunjukkan peningkatan yang ketara kepada PAS. Gelombang kebangkitan ini sebenarnya amat kuat berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu dan non muslim yang akhirnya membawa kemenangan kepada calon-calon PAS sekalipun mereka bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.

Sokongan yang seperti ini dibimbangi tidak bertahan lama. Oleh yang demikian, di dalam menyesuaikan diri dengan kemenangan yang ada, PAS perlu menyusun semula strategi pemasarannya di tengah-tengah masyarakat agar mood rakyat dapat dikekalkan dan sekaligus mempromosikan dasar PAS yang meletakkan Islam sebagai tunjang perjuangan. Dasar inilah yang akhirnya PAS menjadi parti yang bebas rasuah, anti penyelewengan dan pentadbiran yang bersih seperti yang ditunjukkan di Kelantan.

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Sejarah Ringkas Tahaluf Siyasi Dalam Perjuangan PAS

Soal tahaluf siyasi atau kerjasama politik bukan perkara baru bagi PAS. Polemik yang panjang berlaku di dalam PAS pada tahun 1970-an ketika menerima tawaran dari Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan. Kemudian, sebelum menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) ditubuhkan menggantikan Perikatan, PAS juga membahaskan soal ini panjang lebar. Walaupun demikian, pada masa itu masih belum wujud instituti Majlis Syura Ulama. Walau pun telah wujud Dewan Ulama, namun ia berperanan sebagai pemutus dasar seperti hari ini. Manakala sstilah Tahaluf Siyasi pun masih belum popular.

Di dalam mendepani pilihanraya umum 1990 selepas penubuhan Semangat 46, sekali lagi persoalan tahaluf ini dibangkitkan. Ia mula dibahaskan dengan terperinci menjelang kerjasama PAS-Semangat 46 sebelum pilihanraya tersebut. Sekali lagi terdengar suara-suara yang membantah kerjasama dengan Semagat 46 yang dianggap sebagai ‘UMNO asal’. Bagaimanapun kerjasama itu tetap berlaku dan PAS dengan jelas sekali meletakkan asas bahawa Islam sebagai ad-deen sebagai asas untuk bekerjasama. Hasilnya, bila kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah tertubuh, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz tanpa ragu mengisytiharkan moto Membangun Bersama Islam sebagai asas pemerintahan negeri Kelantan.

Selepas pergolakan dalaman UMNO pada tahun 1998 yang melahirkan parti Keadilan, sekali pagi persoalan ini dibangkitkan khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum 1999. Keadilan sebagai parti serpihan UMNO mencetuskan polemik dalaman di dalam PAS untuk diterima atau tidak. Keadaan ini ditambah dengan kesangsian sesetengah pihak di dalam PAS berkenaan kedudukan hukum berkaitan kerjasama dengan DAP. Bagaimanapun, kepantasan almarhum Dato’ Fadzil Mohd Nor pada masa itu berjaya menggabungkan parti pembangkang di dalam Barisan Alternatif. Namun, dokumen tahaluf pada waktu itu lebih menjurus kepada kerjasama sebagai pembangkang. Terma rujukannya adalah persetujuan untuk bersepakat dengan KeAdilan dan DAP dalam soal-soal yang disepakati termasuklah dalam berdepan dengan pemerintah BN. Tidak disebut langsung tentang pemerintahan dalam kerajaan campuran bersama-sama parti lain, terutamanya DAP.

Keperluan Kepada Kefahaman Tahaluf Siyasi

Hari ini, kedudukan PAS sangat berbeza dengan senario 1970-an, 1990 dan 1999. Buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, PAS berdepan dengan cabaran sebenar sebagai ‘kerajaan dalam penantian’. PAS berdepan dengan realiti sebagai anggota kerajaan campuran. Kerajaan Selangor, Perak mahu pun Kedah bukan kerajaan PAS, namun kerajaan pakatan. Setiap gerak PAS pastinya akan seringkali berada di persimpangan antara agenda Islam dan hasrat rakan-rakan. Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP yang sama sekali tidak berhasrat untuk memperjuangkan agenda Islam menuntut PAS untuk menyatakan dalil syarie yang jelas yang membolehkan PAS bersama-sama mereka memerintah tanpa menjadikan Islam sebagai asas negara dan negeri-negeri.

Penjelasan serta gambaran yang jelas seperti perlu segera dibuat oleh PAS memandangkan masih ramai yang menyokong dan mendokong PAS kerana dasar Islamnya. Adalah dibimbangi dalam keadaan isu-isu yang sering timbul ditambah dengan permainan media massa milik kerajaan UMNO/BN, hasrat PAS untuk melangkah lebih jauh bersama Pakatan Rakyat tidak akan kesampaian.

Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb[1] dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah[2]. Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi[3], Dr Mustoffa al-Tohhan[4], al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid[5], Doktor Solah al-Showi[6] dan Doktor Munir Ghahdban[7].

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :

Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.[8]

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam. [9]

Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya[10]

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.[11]

Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.[12]

Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi.[13] Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan[14] – membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”[15] Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.[16]

Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.[17]

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”[18]

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal[19]. Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak. [20]

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”[21]

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy.[22] Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.[23]

Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :

Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW.[24] Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik Malaysia pada hari ini, PAS perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan PAS mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada ahli-ahli di peringkat cawangan agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Tentunya penyertaan PAS di Selangor dan Perak berbeza dengan Kelantan dan Kedah. Apatah lagi di Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Adakah apa yang dilaksanakan di Kelantan mampu untuk direalisasikan di Selangor? Oleh yang demikian, pendekatan-pendekatan seperti ini hendaklah dikaji dengan masak dan dihadamkan oleh ahli-ahli PAS.

Masa untuk berfikir dan melaksana sangat terhad sementara menanti pilihanraya umum yang berikutnya.


Ahmad Fadli
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan

Lawatan YB Dr. Che Rosli ke Kedai Peniaga BMC

Ceramah Perdana Ust Idris Ahmad D' Nanding

  1. UmNo sokong Islam pun tidak..... tolong Melayu pun tidak...
  2. UmNo akan memusuhi orang Melayu lain hanya kerana lain parti.
  3. Dasar UmNo ikut suasana. Mana untung dia ikut.
  4. Akhlak?.... sendiri mau ingat.
  5. Masuk UmNo sebab nak kaya cepat.... dapat kontrak.
  6. Orang agama cuma untuk baca doa, tahlil, Yassin dan marhaban. Lain-lain perkara tidak dirujuk.
  7. Ceramah agama dipantau tetapi ronggeng sampai pagi tak apa.... malah huburan terus dianjurkan dan ditaja.
  8. Masalah sosial, buang bayi, zina tak berpenghujung.
  9. Masalah arak dan judi tak pernah selesai.
  10. Ketua UmNo kaya raya.... rakyat tanggung hutang atas nama pembangunan.
  11. UmNo=membazir=rasuah=hutang=khianat

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Langat

MEDIA BN/UMNO MEMANG BEGITU !




BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA..

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

kp : Al-Fatihah..

Monday, April 4, 2011

DUN Sarawak: BN letak 20 muka baru, empat wanita

KUCHING, 3 April — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mempertahan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 kali ini.

Beliau yang genap tiga dekad menerajui kerajaan negeri Sarawak 26 Mac lalu juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tiga pemimpin komponen BN Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam akan mempertahankan kerusi Piasau manakala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom akan bertanding di Pakan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula akan mempertahankan kerusi Baleh.


Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di kerusi Bukit Sari dan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Adenan Satem di Tanjung Datu.

Daripada calon BN yang diumumkan hari ini, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (tujuh), PRS (dua) dan SPDP satu.

Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu ini manakala hari pengundian 16 April.

Bagaimanapun laporan media menyebut calon bagi kerusi Ba’kelalan tidak diumumkan hari ini.

Berdasarkan pengumuman hari ini, PBB akan bertanding di 45 kerusi manakakala SUPP di 19 kawasan, PRS (sembilan) dan SPDP pula lapan kerusi.

Senarai calon BN itu diumumkan oleh Adenan selepas mesyuarat BN Sarawak di sini petang ini.

Empat calon merupakan wanita.

Berikut ialah senarai calon BN:
  1. - Ranum Anak Muda (SUPP) (Opar)
  2. - Datuk Peter Nansian Anak Ngusie (SPDP) (Tasik Biru)
  3. - Tan Sri Adenan Satem (PBB) (Tg Datu)
  4. - Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) (Pantai Damai)
  5. - Dr Hazaland Abang Hipni (PBB) (Demak Laut) (muka baru)
  6. - Datuk Daud Abdul Rahman (PBB) (Tupong)
  7. - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) (Samariang)
  8. - Datuk Amar Abang Johari Openg (PBB) (Satok)
  9. - Sim Kiang Chiok (SUPP) (Padungan) (muka baru)
  10. - Prof Dr Sim Kui Hian (SUPP) (Pending) (muka baru)
  11. - Sih Hua Tong (SUPP) (Batu Lintang) (muka baru)
  12. - Datuk Alfred Yap (SUPP) (Kota Sentosa)
  13. - Tan Joo Phoi (SUPP) (Batu Kawah)
  14. - Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) (Asajaya)
  15. - Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB) (Muara Tuang)
  16. - Dr Belek @ Jerip Anak Susil (SUPP) (Bengoh)
  17. - Roland Sagah (PBB) (Tarat)
  18. - Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong (PBB) (Tebedu)
  19. - Marin Ben (PBB) (Kedup) (muka baru)
  20. - Aidel Lariwoo (PBB) (Sadong Jaya) (muka baru)
  21. - Naroden Majais (PBB) (Simunjan)
  22. - Julaihi Narawi (PBB) (Sebuyau)
  23. - Simoi Peri (PBB) (Lingga)
  24. - Razali Ghapor (PBB) (Beting Maro) (muka baru)
  25. - Balai Ringin (PRS) (Balai Ringin)
  26. - Mong Anak Dagang (PRS) (Bukit Begunan)
  27. - Dauk Francis Harden Anak Hollis (SUPP) (Simanggang)
  28. - Dr Johnichal Rayong (SUPP) (Engkilili)
  29. - Malcom Mussen Anak Lamoh (PRS) (Batang Ai)
  30. - Razi Sitam (PBB) (Saribas) (muka baru)
  31. - Tan Sri Alfred Jabu (PBB) (Layar)
  32. - Robert Lawson Chuat Anak Vincent (PBB) (Bukit Saban)
  33. - Abdul Wahab Aziz (PBB) (Kalaka)
  34. - Datuk Peter Nyarok Anak Entrie (SPDP) (Krian)
  35. - Datuk Len Talif Salleh (PBB) (Belawai) (muka baru)
  36. - Dolah Saidol (PBB) (Semop) (muka baru)
  37. - Murni Suhaili (PBB) (Daro)
  38. - Abu Seman Jahwie (PBB) (Jemoreng)
  39. - Datuk David Teng (SUPP) (Repok)
  40. - Ling Kie King (SUPP) (Meradong) (muka baru)
  41. - Datuk Seri William Mawan (SPDP) (Pakan)
  42. - Wong Anak Judat (SPDP) (Meluan)
  43. - Alexander Vincent (PRS) (Ngemah)
  44. - Datuk Gramong Juna (PBB) (Machan)
  45. - Chieng Buong Toon (SUPP) (Bukit Assek) (muka baru)
  46. - Datuk Tiong Thai King (SUPP) (Dudong) (muka baru)
  47. - Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) (Bawang Assan)
  48. - Vincent Goh (SUPP) (Pelawan)
  49. - Dr Annuar Rapee (PBB) (Nangka) (muka baru)
  50. - Datuk Fatimah Abdullah (PBB) (Dalat)
  51. - Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) (Balingian)
  52. - Joseph Mauh Anak Ikeh (PRS) (Tamin)
  53. - John Sikie Anak Tayai (PRS) (Kakus)
  54. - Stanley Unja (PRS) (Pelagus) (muka baru)
  55. - Ambrose Blikau Anak Enturan (PBB) (Katibas)
  56. - Datuk Seri Dr James Masing (PRS) (Baleh)
  57. - Liwan Lagang (PRS) (Belaga)
  58. - Datuk Talib Zulpilip (PBB) (Jepak)
  59. - Henry Ling (SUPP) (Kidurong) (muka baru)
  60. - Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB) (Kemena)
  61. - Rosey Yunus (SPDP) (Bekenu)
  62. - Ripin Lamat (PBB) (Lambir) (muka baru)
  63. - Tan Sri Dr George Chan (SUPP) (Piasau)
  64. - Andy Chia (SUPP) (Pujut)
  65. - Datuk Lee Kim Shin (SUPP) (Senadin)
  66. - Sylvester Entrie Anak Muran (SPDP) (Marudi)
  67. - Dennis Ngau (PBB) (Telang Usan) (muka baru)
  68. - Dr Abdul Rahman Ismail (PBB) (Bukit Kota)
  69. - Paulus Anak Gumbang (SPDP) (Batu Danau)
  70. - Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) (Bukit Sari)
Nota: Calon BN bagi kerusi Ba’kelalan (N 70) tidak diumum hari ini.

Burung Kenyalang turun berkempen p'raya S'wak

Ia boleh dianggap sebagai yang tercomel - dan mungkin satu-satunya sahaja - maskot yang diguna oleh parti politik dalam menghadapi pilihan raya di negara ini. Dan itulah yang dilakukan oleh DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Parti itu menjadi burung kenyalang bernama 'Ubah' sebagai maskotnya.


Sejak itu, maskot tersebut - dalam bentuk barangan permainan hingga kepada butang - menjadi tumpuan dan rebutan. Manakala pemimpin parti itu pula sering geli hati apabila diminta bergambar dengan Ubah sewaktu mengadakan sidang akhbar. Di perbatasan siber pula, Ubah mempunyai laman Facebook dan akaun Twitter sendiri, di samping sentiasa muncul untuk bergambar di majlis-majlis anjuran DAP di Sarawak. Malah, Malaysiakini pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mewawancara Ubah.


Berikutan itu adalah petikan wawancara dengan Ubah melalui emel.
NONE
Malaysiakini: Boleh ceritakan kepada kami tentang diri anda dan bagaimana anda terlibat dalam politik. Ubah: Sudah tentunya saya dilahirkan di Sarawak, dan saya mempunyai sebuah keluarga yang besar di seluruh negeri! Ada sebabnya mengapa ia dipanggil Bumi Kenyalang. :-) Dan bagi mereka yang mungkin tidak tahu, saya adalah kenyalang Rhinoceros (Rhinoceros Hornbill) dan boleh membesar sehingga empat kaki panjang! Saya dilahirkan sejurus selepas pilihan raya umum 308 (Mac 2008). Ibu bapa saya memberi saya nama "Ubah" kerana mereka merasakan, dan mendapat inspirasi, daripada angin perubahan yang bertiup ke seluruh negara dan meletakkan harapan mereka terhadap saya untuk menjadi ejen perubahan di negeri yang tersayang ini. Ketika saya sedang membesar dan terbangnya melewati ruang udara Sarawak, saya melihat sendiri bagaimana pihak berkuasa merobek kawasan hutan dan memusnahkan sumber kehidupan serta merompak kekayaan generasi masa depan kami. Saya melihat bagaimana wanita Penan yang tidak berdaya telah dicabul maruah mereka. Saya melihat bagaimana komuniti orang asal di Belaga dipaksa ditempatkan semula dengan diberi sedikit pampasan, yang sebahagiannya tidak pernah dibayar langsung. Apabila saya sudah dapat memahaminya dengan lebih baik, saya melihat bagaimana negeri Sarawak, walaupun cantik dan kaya, telah diabai dan didiskriminasikan oleh kerajaan BN, mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi antara yang termiskin di Malaysia. Dan sekarang, saya melihat kebebasan rakyat - kebebasan bersuara, kebebasan untuk berhimpun serta kebebasan beragama - dikekang oleh kerajaan autoritarian.
NONEBerikutan itu, saya berjanji kepada ibubapa saya bahawa saya akan membuat mereka bangga, dan akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi impian mereka untuk membawa perubahan di tanah ibu pertiwi kami ini. Saya menyertai DAP pertengahan tahun lalu kerana saya percaya saya hanya boleh merealisasikan nasib masa depan saya, melalui sebuah parti yang berkongsi ideal saya untuk berjuang memerangi ketidakadilan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sebagai "Ubah", saya telah ditugaskan dengan tanggungjawab berat untuk melebarkan sayap DAP ke seluruh negeri Sarawak, supaya kehadirannya dapat dirasai sepenuhnya dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Malah, saya telah merantau dan hidup di seluruh negara sejak beberapa bulan yang lalu, dalam membantu DAP memperkembangkan perjuangannya. Saya juga pernah ke semenanjung untuk membantu mengutip dana bagi kempen pilihan raya yang akan datang , dan saya sekarang sibuk ke hulu ke hilir ke seluruh negeri - dari Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, malah ke Limbang juga - bagi memastikan pasukan kempen kami digerakkan sepenuhnya serta bersemangat tinggi.

AS guna XM25 di Afghanistan

WASHINGTON: Pentagon telah menggunakan contoh sulung pelancar roket canggih XM25 buat pertama kali di medan perang di Afghanistan.

Senjata sandang bahu itu, yang saiznya sebesar senapang biasa, menggunakan peluru mengandungi mikrocip yang boleh membedil sasaran dan membunuh musuh walaupun mereka bersembunyi di belakang tembok atau halangan lain.

Selepas pembangunannya selama beberapa tahun, senjata canggih XM25 itu kini dibekalkan kepada askar Amerika di medan perang di Afghanistan.

'Selama lebih seminggu, ia digunakan secara aktif dalam rondaan dan di pos luar di kawasan yang banyak musuh,' kata pengurus program bagi XM25, Leftenan-Kolonel Chris Lehner.



Senjata baru itu boleh melepaskan tembakan peluru 25mm sehingga sejauh 700 meter - jauh melebihi jangkauan raifal biasa.

Peluru itu diprogram untuk meletup pada jarak yang jitu, membolehkan askar Amerika menumpaskan pengganas yang bersembunyi di belakang tembok, batuan, dalam parit atau bangunan. -- AFP.

Seminit Hutan Sarawak

KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semakin bertambah dengan aktivis Internet menyiarkan protes mereka secara dalam talian menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Kumpulan laman Facebook, '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' telah melancarkan kempen dalam talian terhadap Ketua Menteri Sarawak itu sambil menuduh beliau bertanggungjawab ke atas 'penjarahan' tanah Sarawak yang 'tidak ternilai (harganya)'.

Dengan jumlah anggota dan penyokong seramai 293,756 orang setakat ini, kumpulan itu dijangka mengambil kesempatan daripada popularitinya semasa memprotes terhadap pembinaan sebuah menara mega 100 tingkat di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Para pentadbir kumpulan itu semalam mengumumkan bahawa satu protes telah diadakan dalam talian mulai tengah hari semalam, sambil menggelarkannya 'Seminit Hutan Sarawak' - tempoh seminit bagi para pembantah melahirkan protes mereka bagi mempertahankan hutan di Sarawak.

'Kumpulan Facebook, 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, melancarkan protes senyap satu minit terhadap kehilangan hutan di Sarawak.

'Kumpulan Facebook terkenal ini dengan 293,735 anggotanya menggesa rakyat Malaysia menyertai protes mereka terhadap kehilangan 85 peratus hutan hujan asal di bawah kegiatan pembalakan besar-besaran Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud,' kata satu kenyataan kumpulan itu yang dikirimkan kepada pihak media kelmarin.

Kata diKota. Kerajaan Pakatan Beri Air Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.


“Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.
“Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.
Kata beliau, tiga syarikat itu akan mengeluarkan bil-bil kepada penduduk dan membuat pemotongan secara terus kepada bil-bil di meter pukal.
“Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyiapkan satu senarai yang menyatakan jumlah unit yang didiami bagi setiap pembangunan kos rendah di Selangor.
“Sebenarnya kerajaan negeri menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu dengan memperkenalkan sistem kupon dan telah berbincang dengan Syabas agar proses ini dapat dipercepatkan,” katanya.

Harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda. 50 sen, naik kepada RM1

KERAJAAN RAKYAT l KUALA LUMPUR: Seorang pengarang Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) mengakui harga barangan keperluan harian di negara ini mengalami kenaikan yang ‘melambung berkali-kali ganda’
Dalam artikel bertajuk ‘Kurangkanlah Cukai Pendapatan’ bertarikh 31 Mac lalu, Azman Anuar, seorang Pengarang Rencana Utusan Malaysia mengakui orang ramai khususnya suri rumah, merungut dengan kenaikan harga barangan.


Katanya, harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda dengan memberi contoh harga seikat pucuk ubi yang dulu hanya 50 sen, naik kepada RM1 manakala ayam daging naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM3.80 tiga atau empat tahun lalu.
Beliau juga memberi gambaran kerajaan Umno BN tidak berusaha ‘memperlahankan’ kenaikan harga barang walaupun belanjawan harian golongan pertengahan meningkat.
“Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.
“Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu,” tulis Azman yang turut menganggap kenaikan harga rumah, sebagai ‘menakutkan’.
Beliau juga mencadangkan kerajaan Umno BN supaya menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu dan percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan pendapatan negara.
“Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah…” tulis beliau lagi.