Sunday, October 31, 2010

HADIAH PENGAJIAN IPT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PROSES PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
DASAR BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR
DI BAWAH PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Dasar memberi hadiah RM1,000 akan diberikan kepada anak selangor yang melanjutkan pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah. Hadiah ini akan terus dikreaditkan kedalam akaun pelajar ataupun melalui cek. Semua rekod pembayaran akan dimasukkan di dalam sistem pangkalan data yang akan dibangunkan oleh urus setia dan bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas borang hadiah pengajian IPTA/IPTS yang lengkap diterima oleh pihak urus setia. Sehingga kini seramai 6,014 orang pelajar telah layak menerima hadiah ini sepanjang tahun 2009, kerajaan negeri terus prihatin dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM 8.2 juta bagi meneruskan program ini.

3 comments:

  1. INGIN TAHU SEKIRANYA DALAM BORANG PERMOHONAN ADA KESILAPAN BOLIHKAH DI BUAT PEMBETULAN?

    ReplyDelete
  2. bagaimana saya nak tahu permohonan saya diterima atau tidak..saya tidak mendapat sebarang maklumat melalui email .

    ReplyDelete
  3. Mengapa surat pengesahan Permastautin telah lama dikirimkan (Sep/Okt 2017) dan diterima TETAPI pihak pengurusan mengatakan borang masih lagi TIDAK lengkap? Semoga para pekerja lebih prihatin dan lebih bertangung jawab dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete