tempat saya sering bersolat di situ, kali terakhir bulan Ramadan yang lalu. Dr Yusuf Al-Qardhawy, berasal Mesir kini menetap di Qatar, seperti rakyat di Mesir, meminta Mubarak meninggalkan Mesir dan menyerahkan negara ditentukan masadepannya oleh rakyat secara bebas.
Maidan At-Tahrir. Kelihatan Museum Kaherah (bangunan merah), didalamnya ada banyak mumi firaun termasuk Firaun Ramses II, zaman Nabi Musa as.
Sekiranya mereka takut syahid, lalu meninggalkan Intifadhah ini, mereka akan terus hidup dan balik ke rumah-rumah mereka seperti kita disaat ini. Sebahagian akan berkata cukuplah dapat hidup, akan tetapi belum tentu mereka hidup mulia. Ini adalah kerana :1.Regim yang memerintah mereka lebih mengutamakan agenda Barat lebih dari kepentingan mereka dalam mengurus negara dan rakyat. Syariah Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya yang menjamin kesejahteraan hidup mereka di dunia dan Akhirat. TV dan majallah mereka hampir semua berunsur Barat yang merosakkan moral, akhlak dan akibah disamping menghalang generasi mereka dari memahami risalah umat Islam dalam memimpin dan membimbing dunia dengan cahaya petunjuk Ilahi seperti peranan gemilang Mesir dikurun-kurun lampau. Apabila Gaza, Palestin dikepung dari mendapat makanan dan ubat-ubatan sejak 2006, diserang oleh Israel pada 2008 dan terus menerus ditindas hingga kini, Mesir tidak membantu sebaliknya tunduk menurut apa yang dikehendakki oleh Israel melalui arahan Amerika. Diantaranya ialah menutup lebih ketat sempadannya dengan Gaza, membina tembok bawah tanah dengan keluli tahan lasak bagi menutup terowong-terowong dan kini membina tembok atas tanah. Begitu sekali ketundukan kita, umat Kebenaran, dihadapan umat Barat !!- Negara Mesir yang begitu kaya dengan hasil bumi dan kedudukan strategik tidak dikecapi kekayaannya oleh kebanyakan rakyatnya melalui pengurusan kerajaan. Mereka yang hidup sederhana dan baik disegi ekonomi adalah mereak yang bekerja sendiri. Ketika saya di sana 1989-1997, ketika doktor graduan di Malaysia mendapat gaji mula kira-kira RM2500-3000 sebulan, seorang doktor di Mesir mendapat gaji mula sebanyak RM100 sebulan sahaja, dan RM120 jika baru lulus dan menjadi doktor pakar !! Sedang harga beras ,
- gula, daging dsb kecuali sayuran dan buahan adalah hampir sama dengan Malaysia ketika itu. (Hari ini, setelah berlaku kenaikan petrol 2 tahun lalu, kebanyakan harga adalah lebih mahal dari Malaysia). Mesir tersangat kaya melalui kutipan yuran laluan kapal-kapal laut melalui Terusan Suez, terusan paling penting didunia, namun semua kekayaan tersebut tidak bermakna bagi kebanyakan penduduknya. Oleh itu kebanyakan professional mereka samada bekerja swasta atau mempunyai kerja sampingan seperti membawa teksi, menjual ikan dan sebagainya. Pernah seorang akauntan berbangsa Australia baru memeluk Islam belajar bahasa Arab sebentar di Mesir. Dia tidak percaya apabila saya memberitahunya tentang gaji-gaji ini sehinggalah suatu hari apabila emaknya datang menziarahinya dan selepas itu mahu ke Cairo Airport untuk pulang ke negaranya. Diluar rumah saya menahan sebuah teksi. Didalam teksi ke airport, dia kata dia risau emaknya yang tua tidak tahu kemana nak dituju ketika emaknya berseorangan di dalam airport nanti. Saya berbual dengan pemandu teksi, dan pemandu teksi kata nanti dia tolong. Saya katakan pada sahabat Australia ini seperti yang dikatakan oleh pemandu teksi, namun beliau masih risau kerana kita boleh tolong emaknya di luar airport, sedang dia risau bagaimana keadaan emaknya ketika di dalam airport. Pemandu teksi kelihatan tenang sambil berkata jangan risau. Setiba di airport, pemandu teksi tolong membawa beg-beg masuk ke dalam airport setelah dia mengambil dan memakai lencana khas di bajunya. Rupa-rupanya beliau, seorang pemandu teksi, adalah juga seorang akauntan kanan Cairo International Airport !! Baru sahabat saya ini dapat mempercayai masib umat Islam yang cuba saya sampaikan kepadanya. Apa yang berlaku di negara-negara Arab banyak tidak tergambar oleh mereka yang tidak pernah hidup di sana. Bagi saya, memahaminya sangat membantu memahami perjuangan Islam itu sendiri dan hakikat pertarungan antara Haq dan Batil, bukan sahaja di Mesir, tetapi di seluruh dunia !
- Seseorang itu mulia apabila dia hidup bebas, boleh membuat keputusan bebas dan terbaik untuk diri, keluarga dan umatnya demi kebaikannya di dunia dan Akhirat. Ini termasuk kebebasan bersuara yang benar dan membina kepada sesiapa termasuk pemerintah, keadilan dalam sebarang pendakwaan keatas dirinya “innocent unless proven guilty” dan lain-lain hak diri insan yang kemuncak ialah kebebasan dalam mendengar kempen di televisyen, menilai parti atau badan yang terbaik dan seterusnya kebebasan mengundi dalam Pilihanraya. Kesemuanya tidak dikecapi di Mesir. Sebaik Iraq berjaya ditawan oleh Amerika tahun 2003, Presiden Bush memberi alasan kepada dunia bahawa Amerika cuma hendak “mendemokrasikan” Iraq sambil memberi, kononnya, amaran kepada Negara-negara Arab yang lain agar berfikir untuk berbuat demikian. Kesan langsung dari itu, kali pertama saya lihat kain rentang pilihanraya (majlis bandaran) di Madinah, Saudi Arabia, negara sistem beraja, yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan tidak pula berlaku selepas itu. Pilihanraya Mesir 2005 diadakan dalam 3 pusingan. Pusingan 01 sangat bebas menyebabkan Ikhwan Muslimin akhirnya mendapat 88 dari 444 kerusi Parlimen, iaitu kira-kira 20% !!. Pusingan 02 dan 03 menyaksikan penipuan yang tiada tolok bandingnya. Namun setelah 5 tahun berlalu, “seruan Demokrasi” oleh Amerika telah reda, Mesir kembali kepada sikap asalnya. Dalam Pilihanraya 2010 bulan November lalu, Ikhwan Muslimin tidak dimenangkan walaupun untuk mendapat 1 kerusi pun !! Di sini, rakyat merasa sangat tertipu dan dihina, lalu menyumbang kepada Intifadhah yang sedang kita saksikan.
Sehingga ke dekad atau kurun mana Yahudi, melalui Amerika dan Negara-negara Barat, akan dapat memperkudakan pemimpin Negara-negara Arab ? Masadepan umat Arab, seperti juga banyak umat Islam yang lain, adalah terletak pada umatnya, bukan pemerintahnya yang berkiblat Barat, terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.
Kantoi !! Begini akhbar utama Mesir, Al-Ahram, menyiarkan foto persidangan lima negara mengenai isu Palestin di kediaman Presiden Amerika, “White House” tahun lalu.
Pendek kata jurang diantara pemerintah dan rakyat terlalu jauh, begitu juga jurang kekayaan diantara sebilangan kecil penduduk yang menikmati kekayaan hebat Mesir dengan kebanyakan penduduknya yang malang adalah juga sangat jauh.Umat yang hidup adalah umat yang berani dan berkorban menuntut hak walaupun mereka hidup sederhana, manakala umat yang mati adalah umat yang tidak bertindakbalas walaupun dihina dan dikalahkan, walaupun mereka mewah. Setelah umat Melayu kehilangan Temasik pada tahun 9.81965, pulau Timur Timor pada 20.5.2002 dan pulau Batu Putih, Johor 23.5.2008, mereka akan kehilangan Tanjong Pagar pada 1.7.2011 ini.
Dunia kini terbahagi dua, pihak yang berharap agar Intifadhah Mesir 2011 ini gagal, mereda, regim Mubarak terus berkuasa dan mencengkam rakyatnya dan segala kepentingan Barat dan Israel terus terpelihara, manakala satu pihak lagi berdoa agar Intifadhah berkat ini terus menerus berterusan hingga berjaya menundukkan regim Mubarak. Jika berjaya ia bukan sahaja satu sejarah Mesir yang baru, akan tetapi oleh kerana Mesir adalah abang sulung kepada semua negara-negara umat Islam, memiliki Terusan Suez, bersempadan dengan Israel, memiliki bilangan ulamak dan pendakwah yang teramai di dalam dunia Islam, kejayaan Intifadhah ini adalah satu sejarah dunia yang baru. Ia akan merubah kesemua formula dan percaturan politik, ekonomi dan budaya seluruh dunia !!“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).
Semoga Allah swt memenangkan hamba-hambaNya yang soleh, menerima mereka yang gugur dalam perjuangan sebagai para Syuhadak, menanam kesabaran kepada ahli keluarga mereka, meneguhkan pendirian pejuang-pejuang Kebenaran sepanjang zaman di seluruh pelusuk dunia. Ameen.Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com
Terjemahan dari al-Jazeera:
Syeikh al-Qaradawi Seru Mubarak Lepas Jawatan
Dicatat oleh al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala pada 30.1.11
Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, “Pergilah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir”. Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.
Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan dan meninggalkan Mesir yang sudah kehilangan berbilion-bilion wang. “Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak”. Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, “Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup.”Al-Qaradawi menambah, “Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki”, untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, “yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim”, di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya “bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. “
Sheikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada “dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka,” dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.Rakyat dan Tentera
Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.
Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes pencurian dan penjarahan. Beliau menasihati mereka, “Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah haram.”Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.Sumber: al-Jazeera.ikhlas :Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com
No comments:
Post a Comment