Thursday, February 17, 2011

Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR)

Skim MIMBAR merupakan satu skim khusus untuk membantu masyarakat miskin bandar negeri Selangor dan sebahagian daripada program kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Rata-rata tuntutan kehidupan di bandar adalah terlalu tinggi dan mencabar di mana kos penyaraan kehidupan amat berganda lagi membebankan secara amnya berbanding kehidupan di luar bandar.

Persaingan hebat, ruang peluang yang sempit, kepadatan penduduk dan kelayakan kemahiran yang tinggi menjadi titik-ukur selesa dan jayanya kehidupan rakyat bandar.

Bagi masyarakat miskin bandar yang layak, skim ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan mereka ke atas “Paras Garis Kemiskinan (PGK)” iaitu melepasi tahap RM1,500 bagi seisi rumah. Program khas di bawah portfolio EXCO Kebajikan, Kebudayaan, Wanita dan Sains Teknologi Inovasi, YB Rodziah Ismail, ini telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan negeri disediakan di semua peringkat khususnya masyarakat miskin bandar sekitar Selangor.

No comments:

Post a Comment