SOALAN-SOALAN LAZIM Maklumat Terkini (1 Ogos 2008)
Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini? A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut: (i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40000 Shah Alam (ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor, iaitu: www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT) (iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing; (iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor. Q : Apakah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Hadiah Pengajian IPT ini? A : (i) Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. (ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut: • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau • Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974. (iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja. (iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja. (Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon). (v) Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian. (vi) Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah. Q : Saya lahir di Negeri Selangor, tetapi ibu bapa saya tidak lahir di Negeri Selangor. Adakah saya layak memohon? A : Layak berdasarkan kriteria: Pemohon lahir di Negeri Selangor. Q : Saya lahir di Negeri Kelantan, tetapi Ibu saya lahir di Selangor. Adakah saya layak memohon? A : Layak berdasarkan kriteria: Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor. Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPT Swasta (IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Adakah IPT saya tersenarai bagi pemberian hadiah ini? Layak sekiranya pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma. Q : Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia secara sepenuh masa (full time). Adakah saya layak? Q. Bilakah tarikh pelaksanaannya? |
Tuesday, September 6, 2011
Hadiah Masuk U
Monday, June 20, 2011
Nabi Muhammad s.a.w dalam Kitab Hindu
Salam semua, semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat selalu. Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai pencarian, dan harapan mereka yang menganut agama Hindu supaya satu hari nanti bangsa mereka akan mendapat kebenaran dan kejayaan dengan “turunnya” Kalki Avatar. Sedangkan, apa yang digambarkan oleh mereka sebagai Kalki Avatar adalah menyamai apa yang ada pada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa mereka sedari, Kalki Avatar yang mereka tunggu-tunggu selama ini telah dilahirkan di bumi Arab lebih kurang 1400 tahun yang lalu mengikut kalendar Islam.
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat di dalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada di pasaran.
Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur’an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.
4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra’ dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi’raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.
5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.
6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).
7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur’an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? Sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.
Sumber : fakhta-marzuki.blogspot.com
Thursday, June 2, 2011
Tragedi Tanah Runtuh rumah Anak Yatim Al-Taqwa Part 111
Tidak dilupakan juga kepada Unit Amal yang sejak dari awal turun ditempat kejadian dan membantu walaupun mempunyai kelengkapan terhad. Unit Amal telah membuka kemah bantuan sejak petang semalam agar dapat membantu pihak yang ditimpa musibah dan mereka yang membantu dalam usaha menyelamat. Syabas dan tahniah
Tragedi Tanah Runtuh rumah Anak Yatim Al-Taqwa Part II
DYM Sultan Mencemar Duli Ke Madrasah At Taqwa
Tuesday, May 24, 2011
(GAMBAR) Tanah Runtuh Di Hulu Langat
Tiga daripada mereka telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala selebihnya yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kesan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari, yang telah menyebabkan tanah dibelakang asrama mengelongsor dan merempuh asrama berkenaan. Ketika kejadian kesemua kanak-kanak berkenaan dikatakan berada dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini
Monday, May 16, 2011
Statitik SMUE Sehingga 30/04/2011
Nota: Tempoh menunggu purata bermaksud jumlah hari diambil dari tarikh penama menerima pembayaran pertama sehingga pembayaran kedua dibuat oleh Pejabat Daerah.
2. Pecahan Pendaftaran SMUE Sehingga 30/04/2011
3. Pecahan Pembayaran SMUE Sehingga 30/04/2011
4. Statistik Pembayaran SMUE mengikut Daerah sehingga 30/04/2011
5. Pembayaran SMUE mengikut Tahun sehingga 30/04/2011
Kuliah Maghrib DS TG Hj Hadi Awang Di Masjid Pekan Bt 14
Masyarakat di dusun tua mula sedar tiada ilmu akan mudah ditipu oleh golongan yang sentiasa sesat...lihat sendiri majlis ilmu yang di adakan ....