Thursday, April 14, 2011

MEDIA BN/UMNO MEMANG BEGITU !




BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA..

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

kp : Al-Fatihah..

Monday, April 4, 2011

DUN Sarawak: BN letak 20 muka baru, empat wanita

KUCHING, 3 April — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mempertahan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 kali ini.

Beliau yang genap tiga dekad menerajui kerajaan negeri Sarawak 26 Mac lalu juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tiga pemimpin komponen BN Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam akan mempertahankan kerusi Piasau manakala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom akan bertanding di Pakan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula akan mempertahankan kerusi Baleh.


Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di kerusi Bukit Sari dan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Adenan Satem di Tanjung Datu.

Daripada calon BN yang diumumkan hari ini, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (tujuh), PRS (dua) dan SPDP satu.

Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu ini manakala hari pengundian 16 April.

Bagaimanapun laporan media menyebut calon bagi kerusi Ba’kelalan tidak diumumkan hari ini.

Berdasarkan pengumuman hari ini, PBB akan bertanding di 45 kerusi manakakala SUPP di 19 kawasan, PRS (sembilan) dan SPDP pula lapan kerusi.

Senarai calon BN itu diumumkan oleh Adenan selepas mesyuarat BN Sarawak di sini petang ini.

Empat calon merupakan wanita.

Berikut ialah senarai calon BN:
  1. - Ranum Anak Muda (SUPP) (Opar)
  2. - Datuk Peter Nansian Anak Ngusie (SPDP) (Tasik Biru)
  3. - Tan Sri Adenan Satem (PBB) (Tg Datu)
  4. - Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) (Pantai Damai)
  5. - Dr Hazaland Abang Hipni (PBB) (Demak Laut) (muka baru)
  6. - Datuk Daud Abdul Rahman (PBB) (Tupong)
  7. - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB) (Samariang)
  8. - Datuk Amar Abang Johari Openg (PBB) (Satok)
  9. - Sim Kiang Chiok (SUPP) (Padungan) (muka baru)
  10. - Prof Dr Sim Kui Hian (SUPP) (Pending) (muka baru)
  11. - Sih Hua Tong (SUPP) (Batu Lintang) (muka baru)
  12. - Datuk Alfred Yap (SUPP) (Kota Sentosa)
  13. - Tan Joo Phoi (SUPP) (Batu Kawah)
  14. - Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) (Asajaya)
  15. - Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB) (Muara Tuang)
  16. - Dr Belek @ Jerip Anak Susil (SUPP) (Bengoh)
  17. - Roland Sagah (PBB) (Tarat)
  18. - Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong (PBB) (Tebedu)
  19. - Marin Ben (PBB) (Kedup) (muka baru)
  20. - Aidel Lariwoo (PBB) (Sadong Jaya) (muka baru)
  21. - Naroden Majais (PBB) (Simunjan)
  22. - Julaihi Narawi (PBB) (Sebuyau)
  23. - Simoi Peri (PBB) (Lingga)
  24. - Razali Ghapor (PBB) (Beting Maro) (muka baru)
  25. - Balai Ringin (PRS) (Balai Ringin)
  26. - Mong Anak Dagang (PRS) (Bukit Begunan)
  27. - Dauk Francis Harden Anak Hollis (SUPP) (Simanggang)
  28. - Dr Johnichal Rayong (SUPP) (Engkilili)
  29. - Malcom Mussen Anak Lamoh (PRS) (Batang Ai)
  30. - Razi Sitam (PBB) (Saribas) (muka baru)
  31. - Tan Sri Alfred Jabu (PBB) (Layar)
  32. - Robert Lawson Chuat Anak Vincent (PBB) (Bukit Saban)
  33. - Abdul Wahab Aziz (PBB) (Kalaka)
  34. - Datuk Peter Nyarok Anak Entrie (SPDP) (Krian)
  35. - Datuk Len Talif Salleh (PBB) (Belawai) (muka baru)
  36. - Dolah Saidol (PBB) (Semop) (muka baru)
  37. - Murni Suhaili (PBB) (Daro)
  38. - Abu Seman Jahwie (PBB) (Jemoreng)
  39. - Datuk David Teng (SUPP) (Repok)
  40. - Ling Kie King (SUPP) (Meradong) (muka baru)
  41. - Datuk Seri William Mawan (SPDP) (Pakan)
  42. - Wong Anak Judat (SPDP) (Meluan)
  43. - Alexander Vincent (PRS) (Ngemah)
  44. - Datuk Gramong Juna (PBB) (Machan)
  45. - Chieng Buong Toon (SUPP) (Bukit Assek) (muka baru)
  46. - Datuk Tiong Thai King (SUPP) (Dudong) (muka baru)
  47. - Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) (Bawang Assan)
  48. - Vincent Goh (SUPP) (Pelawan)
  49. - Dr Annuar Rapee (PBB) (Nangka) (muka baru)
  50. - Datuk Fatimah Abdullah (PBB) (Dalat)
  51. - Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) (Balingian)
  52. - Joseph Mauh Anak Ikeh (PRS) (Tamin)
  53. - John Sikie Anak Tayai (PRS) (Kakus)
  54. - Stanley Unja (PRS) (Pelagus) (muka baru)
  55. - Ambrose Blikau Anak Enturan (PBB) (Katibas)
  56. - Datuk Seri Dr James Masing (PRS) (Baleh)
  57. - Liwan Lagang (PRS) (Belaga)
  58. - Datuk Talib Zulpilip (PBB) (Jepak)
  59. - Henry Ling (SUPP) (Kidurong) (muka baru)
  60. - Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB) (Kemena)
  61. - Rosey Yunus (SPDP) (Bekenu)
  62. - Ripin Lamat (PBB) (Lambir) (muka baru)
  63. - Tan Sri Dr George Chan (SUPP) (Piasau)
  64. - Andy Chia (SUPP) (Pujut)
  65. - Datuk Lee Kim Shin (SUPP) (Senadin)
  66. - Sylvester Entrie Anak Muran (SPDP) (Marudi)
  67. - Dennis Ngau (PBB) (Telang Usan) (muka baru)
  68. - Dr Abdul Rahman Ismail (PBB) (Bukit Kota)
  69. - Paulus Anak Gumbang (SPDP) (Batu Danau)
  70. - Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) (Bukit Sari)
Nota: Calon BN bagi kerusi Ba’kelalan (N 70) tidak diumum hari ini.

Burung Kenyalang turun berkempen p'raya S'wak

Ia boleh dianggap sebagai yang tercomel - dan mungkin satu-satunya sahaja - maskot yang diguna oleh parti politik dalam menghadapi pilihan raya di negara ini. Dan itulah yang dilakukan oleh DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Parti itu menjadi burung kenyalang bernama 'Ubah' sebagai maskotnya.


Sejak itu, maskot tersebut - dalam bentuk barangan permainan hingga kepada butang - menjadi tumpuan dan rebutan. Manakala pemimpin parti itu pula sering geli hati apabila diminta bergambar dengan Ubah sewaktu mengadakan sidang akhbar. Di perbatasan siber pula, Ubah mempunyai laman Facebook dan akaun Twitter sendiri, di samping sentiasa muncul untuk bergambar di majlis-majlis anjuran DAP di Sarawak. Malah, Malaysiakini pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mewawancara Ubah.


Berikutan itu adalah petikan wawancara dengan Ubah melalui emel.
NONE
Malaysiakini: Boleh ceritakan kepada kami tentang diri anda dan bagaimana anda terlibat dalam politik. Ubah: Sudah tentunya saya dilahirkan di Sarawak, dan saya mempunyai sebuah keluarga yang besar di seluruh negeri! Ada sebabnya mengapa ia dipanggil Bumi Kenyalang. :-) Dan bagi mereka yang mungkin tidak tahu, saya adalah kenyalang Rhinoceros (Rhinoceros Hornbill) dan boleh membesar sehingga empat kaki panjang! Saya dilahirkan sejurus selepas pilihan raya umum 308 (Mac 2008). Ibu bapa saya memberi saya nama "Ubah" kerana mereka merasakan, dan mendapat inspirasi, daripada angin perubahan yang bertiup ke seluruh negara dan meletakkan harapan mereka terhadap saya untuk menjadi ejen perubahan di negeri yang tersayang ini. Ketika saya sedang membesar dan terbangnya melewati ruang udara Sarawak, saya melihat sendiri bagaimana pihak berkuasa merobek kawasan hutan dan memusnahkan sumber kehidupan serta merompak kekayaan generasi masa depan kami. Saya melihat bagaimana wanita Penan yang tidak berdaya telah dicabul maruah mereka. Saya melihat bagaimana komuniti orang asal di Belaga dipaksa ditempatkan semula dengan diberi sedikit pampasan, yang sebahagiannya tidak pernah dibayar langsung. Apabila saya sudah dapat memahaminya dengan lebih baik, saya melihat bagaimana negeri Sarawak, walaupun cantik dan kaya, telah diabai dan didiskriminasikan oleh kerajaan BN, mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi antara yang termiskin di Malaysia. Dan sekarang, saya melihat kebebasan rakyat - kebebasan bersuara, kebebasan untuk berhimpun serta kebebasan beragama - dikekang oleh kerajaan autoritarian.
NONEBerikutan itu, saya berjanji kepada ibubapa saya bahawa saya akan membuat mereka bangga, dan akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi impian mereka untuk membawa perubahan di tanah ibu pertiwi kami ini. Saya menyertai DAP pertengahan tahun lalu kerana saya percaya saya hanya boleh merealisasikan nasib masa depan saya, melalui sebuah parti yang berkongsi ideal saya untuk berjuang memerangi ketidakadilan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sebagai "Ubah", saya telah ditugaskan dengan tanggungjawab berat untuk melebarkan sayap DAP ke seluruh negeri Sarawak, supaya kehadirannya dapat dirasai sepenuhnya dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Malah, saya telah merantau dan hidup di seluruh negara sejak beberapa bulan yang lalu, dalam membantu DAP memperkembangkan perjuangannya. Saya juga pernah ke semenanjung untuk membantu mengutip dana bagi kempen pilihan raya yang akan datang , dan saya sekarang sibuk ke hulu ke hilir ke seluruh negeri - dari Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, malah ke Limbang juga - bagi memastikan pasukan kempen kami digerakkan sepenuhnya serta bersemangat tinggi.

AS guna XM25 di Afghanistan

WASHINGTON: Pentagon telah menggunakan contoh sulung pelancar roket canggih XM25 buat pertama kali di medan perang di Afghanistan.

Senjata sandang bahu itu, yang saiznya sebesar senapang biasa, menggunakan peluru mengandungi mikrocip yang boleh membedil sasaran dan membunuh musuh walaupun mereka bersembunyi di belakang tembok atau halangan lain.

Selepas pembangunannya selama beberapa tahun, senjata canggih XM25 itu kini dibekalkan kepada askar Amerika di medan perang di Afghanistan.

'Selama lebih seminggu, ia digunakan secara aktif dalam rondaan dan di pos luar di kawasan yang banyak musuh,' kata pengurus program bagi XM25, Leftenan-Kolonel Chris Lehner.



Senjata baru itu boleh melepaskan tembakan peluru 25mm sehingga sejauh 700 meter - jauh melebihi jangkauan raifal biasa.

Peluru itu diprogram untuk meletup pada jarak yang jitu, membolehkan askar Amerika menumpaskan pengganas yang bersembunyi di belakang tembok, batuan, dalam parit atau bangunan. -- AFP.