Monday, April 4, 2011

Seminit Hutan Sarawak

KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semakin bertambah dengan aktivis Internet menyiarkan protes mereka secara dalam talian menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Kumpulan laman Facebook, '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' telah melancarkan kempen dalam talian terhadap Ketua Menteri Sarawak itu sambil menuduh beliau bertanggungjawab ke atas 'penjarahan' tanah Sarawak yang 'tidak ternilai (harganya)'.

Dengan jumlah anggota dan penyokong seramai 293,756 orang setakat ini, kumpulan itu dijangka mengambil kesempatan daripada popularitinya semasa memprotes terhadap pembinaan sebuah menara mega 100 tingkat di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Para pentadbir kumpulan itu semalam mengumumkan bahawa satu protes telah diadakan dalam talian mulai tengah hari semalam, sambil menggelarkannya 'Seminit Hutan Sarawak' - tempoh seminit bagi para pembantah melahirkan protes mereka bagi mempertahankan hutan di Sarawak.

'Kumpulan Facebook, 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, melancarkan protes senyap satu minit terhadap kehilangan hutan di Sarawak.

'Kumpulan Facebook terkenal ini dengan 293,735 anggotanya menggesa rakyat Malaysia menyertai protes mereka terhadap kehilangan 85 peratus hutan hujan asal di bawah kegiatan pembalakan besar-besaran Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud,' kata satu kenyataan kumpulan itu yang dikirimkan kepada pihak media kelmarin.

Kata diKota. Kerajaan Pakatan Beri Air Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.


“Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.
“Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.
Kata beliau, tiga syarikat itu akan mengeluarkan bil-bil kepada penduduk dan membuat pemotongan secara terus kepada bil-bil di meter pukal.
“Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyiapkan satu senarai yang menyatakan jumlah unit yang didiami bagi setiap pembangunan kos rendah di Selangor.
“Sebenarnya kerajaan negeri menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu dengan memperkenalkan sistem kupon dan telah berbincang dengan Syabas agar proses ini dapat dipercepatkan,” katanya.

Harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda. 50 sen, naik kepada RM1

KERAJAAN RAKYAT l KUALA LUMPUR: Seorang pengarang Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) mengakui harga barangan keperluan harian di negara ini mengalami kenaikan yang ‘melambung berkali-kali ganda’
Dalam artikel bertajuk ‘Kurangkanlah Cukai Pendapatan’ bertarikh 31 Mac lalu, Azman Anuar, seorang Pengarang Rencana Utusan Malaysia mengakui orang ramai khususnya suri rumah, merungut dengan kenaikan harga barangan.


Katanya, harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda dengan memberi contoh harga seikat pucuk ubi yang dulu hanya 50 sen, naik kepada RM1 manakala ayam daging naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM3.80 tiga atau empat tahun lalu.
Beliau juga memberi gambaran kerajaan Umno BN tidak berusaha ‘memperlahankan’ kenaikan harga barang walaupun belanjawan harian golongan pertengahan meningkat.
“Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.
“Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu,” tulis Azman yang turut menganggap kenaikan harga rumah, sebagai ‘menakutkan’.
Beliau juga mencadangkan kerajaan Umno BN supaya menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu dan percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan pendapatan negara.
“Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah…” tulis beliau lagi.

Fakta Paling Tepat Sepanjang Sejarah UMNO



Tiga bukti Umno kuda tunggangan MCA, MIC

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen.
Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang.

“Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?” katanya.
Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.
“Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC?
“Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab ‘Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu’.
“Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga,” katanya.
Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman.

Isteri Talal yang tidak menutup aurat...


Lihatlah pakaian isteri keluarga Diraja Mekah yang tidak menutup aurat…
Semoga kecantikan yang dimiliki tidak menjadi habuan api neraka.
Semoga Allah SWT memberi Hidayah kepada mereka disuatu masa nanti.



http://images.alwatanvoice.com/news/images/3895793805.jpg











Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka. ~ ( An-Nuur:31)
Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya...(Muslim)..